Friday, September 2, 2022

Korang Suka Pergi Pantai? Saya Kongsikan 4 Kebaikan Pantai Yang Ramai Tak Tahu - Rahsia Kulit Cantik, Badan Sihat, Jiwa Tenang.

Korang Suka Pergi Pantai? Saya Kongsikan 4 Kebaikan Pantai Yang Ramai Tak Tahu - Rahsia Kulit Cantik, Badan Sihat, Jiwa Tenang.


Kalau bercuti, korang lebih suka pergi ke pantai atau lepak di bandar? Mesti ramai di antara kita yang lebih gemar untuk pergi ke pantai kan? Dekat pantai sekarang dah boleh buat macam-macam aktiviti. Mandi laut, naik jet ski, banana boat, main bola, malah nak duduk-duduk sahaja sambil menikmati udara segar pun takde masalah.

Dengan melihat pantai sahaja, kita sebenarnya dapat meningkatkan emosi menjadi lebih tenang dan gembira. Selain itu, korang tahu tak air laut sebenarnya mempunyai banyak khasiat dan dikatakan dapat memberikan beberapa manfaat dari segi kesihatan. Tak percaya? Jom teruskan baca artikel ni.

Khasiat & Manfaat Air Laut

1. Merawat Masalah Kulit Dan Luka

Kandungan mineral seperti natrium, klorida, sulfat, magnesium, dan kalsium dalam air laut sangat tinggi jika dibandingkan dengan air sungai. Ini menjadikan ia sangat berguna untuk merawat masalah kulit yang teruk seperti psoriasis dan ekzema.

Air laut juga kaya dengan garam mineral seperti natrium dan iodin, menjadikan air laut sebagai antiseptik semula jadi. Korang semua mesti tahu kan antiseptik ni biasa digunakan untuk penyembuhan luka. Cuma jangan berenang dalam air laut dengan luka yang terdedah sebab nanti berisiko untuk mendapat jangkitan bakteria.

Garam mineral dalam air laut jika digabungkan dengan matahari juga dapat membantu memulihkan beberapa masalah kulit lain seperti ulser, lupus, dan jerawat!


2. Mengatasi Demam Dan Sinus

Salah satu terapi yang biasa digunakan oleh sesetengah individu yang demam akan menggunakan air masin dari laut untuk menyelesaikan masalah hidung berair dan membersihkan rongga hidung.

Persekitaran dan pengudaraan di kawasan laut dipercayai dapat menyingkirkan simptom demam, masalah sinus, serta simptom yang berkaitan dengan pernafasan.

Walaupun masih kurang bukti saintifik, individu yang kerap berenang atau menghirup udara laut lebih cenderung mempunyai sistem pernafasan yang lebih sihat. Tak percaya? Cuba tanya Orang Bajau Laut yang tinggal di perairan Sabah 😉


3. Tempat Sesuai Untuk Meditasi


Korang perasan tak, kalau dengar bunyi ombak pun rasa tenang kan? Rasa macam terbawa pergi dunia lain, masalah pun hilang, motivasi pun naik!

Ya, memang ada istilah Hidroterapi atau dipanggil Terapi Air. Proses ini sebenarnya dapat mengurangkan simptom kemurungan dan kegelisahan. Kandungan magnesium dalam air laut dalam membuatkan korang lebih tenang dan relaks.

Bagi individu yang ada masalah anemia juga disarankan untuk mandi air laut kerana ia membantu mengembalikan tekanan darah kepada tahap normal dan merawat rasa gemuruh.


4. Menguatkan Sistem Imun Badan


Jumlah sel darah merah akan meningkat antara 5-20% selepas berenang atau mandi di dalam laut. Sel darah putih juga akan turut meningkat dengan lebih banyak.

Kalau korang jenis yang lemah imun badan, aktiviti di laut boleh membantu menguatkan kembali badan korang, selain daripada mengawal tahap kandungan gula dalam darah tinggi.


Kesimpulan

Sekarang korang dah tahu kan kenapa ramai yang lebih gemar pergi ke laut? Bukan setakat pemandangan cantik je, malah sebenarnya menyimpan banyak khasiat dan manfaat pada badan manusia.

Memang Tuhan jadikan alam ni bukan saja-saja, kita sebagai manusia sepatutnya perlu menghayati, menikmati, dan mempelajari alam sekitar. Dengan tujuan akhir nya untuk mensyukuri atas nikmat yang diberikan.

Okaylah, saya taknak ceramah panjang pula, hehe. 

Cuma saya teringat ada lagi satu perkara yang saya nak tunjukkan pada korang semua. Alang-alang kita bersembang pasal khasiat dan manfaat kan.

Bagi korang yang mengalami masalah jeragat, jerawat, kulit kusam, kering, gatal, dan merah-merah. Saya nak sarankan korang KENA cuba jugak Meuskin Booster Treatment Gel ni. Krim pelembap 3 dalam 1 ni bukan setakat merawat, malah melembap dan mencerahkan.





Korang yang selalu keluar rumah tu asyik berpanas berhujan, kulit korang confirm rosak! Ada yang naik jeragat, tumbuh jerawat, kulit makin gelap dan kusam, last sekali ada yang kering dan merah-merah sampai gatal. Ini semua punca persekitaran yang buatkan kulit jadi rosak macam tu. 

Sebab tu lah saya nak kongsikan berita baik pasal Meuskin Booster Treatment Gel ni. Krim pelembap ni boleh menghilangkan jeragat dengan cepat! Bahan Niacinamide dalam ni jugak boleh merawat jerawat, mengecilkan liang pori, dan mengembalikan kecerahan wajah korang dengan MUDAH. 

Jangan risau, korang tekan dekat link saya bagi kat bawah ni, dalam tu semua info ada tentang Meuskin Booster Treatment Gel. Nak order terus dekat situ pun boleh.

Diorang tengah ada PROMO BELI 2 PERCUMA 1 weh! Cepat klik dekat link ni sekarang!!!! 

🎁 https://emorrabiotech.onpay.my/order/form/meuskin 🎁





Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search