Monday, September 12, 2022

Berhenti Makan Makanan Goreng! - 7 Akibat Pengambilan Makanan Berminyak - No.6 Risiko Kanser Usus!

Berhenti Makan Makanan Goreng! - 7 Akibat Pengambilan Makanan Berminyak - No.6 Risiko Kanser Usus!



Ayam goreng! Siapa je yang tak suka makan ayam kan? Hampir setiap hari lauk yang kita masak atau makan tu mesti ada menu ayam.

Kalau nak goreng ayam, mesti guna minyak yang banyak kan. Barulah sedap dan rangup macam kat kedai fast food!

Tapi korang tahu tak, makanan yang digoreng dengan minyak ni sebenarnya beri kesan buruk pada diri kita.

Tak kisah lah ayam goreng ke, kentang goreng, cekodok, apa sahaja yang digoreng dalam kuantiti minyak yang banyak pastinya akan menjejaskan kesihatan badan kita.

Sekarang mungkin tak nampak, tapi minyak dalam badan ni kalau dalam jangka panjang dan jumlah yang banyak gerenti akan menimbulkan masalah kesihatan seperti berikut;

1. Gangguan Sistem Pencernaan

Kekejangan perut disebabkan pemakanan

Pengambilan minyak yang berlebihan dalam makanan bergoreng akan memberikan tekanan pada sistem pencernaan. Ini disebabkan proses pencernaan lemak mengambil masa yang lebih lama berbanding zat-zat lain.

Bila ambil masa, sistem pencernaan akan bekerja lebih berat untuk memecahkan makanan yang berasal dari minyak dan akhirnya terjadilah simptom-simptom yang selalu korang rasa seperti kembung perut atau sakit perut.

Selain itu, makanan seperti ini juga boleh mencetuskan gejala penyakit seperti Sindrom Iritasi Usus (IBS), pankreatis kronis, atau muntaber, di mana pesakit akan mengalami kram perut, sakit perut, dan diarhhea.

2. Mematikan Bakteria Baik Dalam Usus

Pilih pemakanan yang lebih nutrisi dan sihat

Ya, bakteria pun ada jenis yang baik tau! Bakteria baik ni berfungsi untuk menjaga kekebalan tubuh badan dari mengalami sebarang penyakit lain.

Keseimbangan bakteria baik dan jahat dalam badan sangat dipengaruhi oleh gaya pemakanan kita. Pengambilan minyak yang berlebihan akan merencatkan kuantiti dan kualiti bakteria baik dan akhirnya kita lebih mudah diserang penyakit.

3. Menggalakkan Pertumbuhan Jerawat

Jerawat tumbuh disebabkan kulit berminyak

Memang jerawat tu tak tumbuh sebaik sahaja kita makan makanan berminyak, tapi dalam jangka masa tertentu ia akan mengganggu keseimbangan hormon dalam tubuh.

Bila hormon dah terganggu dan tak seimbang, muncul lah jerawat yang banyak pada kulit muka. Makanan yang berminyak ni merangsang kelenjar minyak untuk mengeluarkan cecair sebum (minyak) sehingga tumbuh jerawat.

4. Meningkatkan Risiko Obesiti

Obesiti menjurus kepada penyakit lain seperti jantung dan kencing manis

Lemak dan minyak memang sering dikaitkan antara satu sama lain. Makanan yang berminyak dan berlemak mengandungi banyak kalori, di mana tiap 1 gram lemak dapat menyumbang sekitar 9 kalori untuk badan kita.

Bayangkan dah berapa banyak kalori yang kita dah masukkan dalam badan dengan makan makanan bergoreng tiap-tiap hari?

Kalau tak dikawal, lemak dan minyak yang berlebihan ni boleh mengakibatkan risiko bermacam penyakit seperti sakit jantung, diabetes, dan radang sendi.

5. Meningkatkan Risiko Kanser

Jaga kesihatan sebelum terlambat

Gaya pemakanan yang tinggi minyak dan lemak bukan sahaja berisiko untuk mendapat obesiti, malah mampu mengakibatkan risiko kanser seperti kanser paru-paru, kanser payudara, dan kanser usus besar.

Antara jenis lemak yang patut dielak supaya kurang risiko kanser adalah lemak trans. Sebagai langkah pencegahan, amalkan lemak yang lebih menyihatkan seperti lemak yang berasal dari ikan, kekacang, biji-bijian, dan jenis organik.

6. Mengganggu Fungsi Otak

Pengambilan makanan tidak sihat menjadi faktor kerosakan otak

Perkaitan antara fungsi otak dan pengambilan makanan berminyak adalah kerana disebabkan tekanan darah tinggi dan gangguan metabolisme.

Semua faktor tersebut mempengaruhi aktiviti pada organ otak manusia. Kajian dari Journal of Nutritional Science juga menyimpulkan adanya penurunan dalam kemampuan belajar dan mengingat.

7. Risiko Sakit Jantung & Diabetes

Golongan muda masa kini ramai yang menghidap sakit jantung

Penyakit jantung sudah sememangnya dikaitkan dengan pengambilan makanan tidak sihat seperti minyak, lemak, dan kolestrol.

Pakar kesihatan menemukan bahawa orang yang makan makanan bergoreng 4-6 kali seminggu lebih berisiko tinggi sehingga 39% untuk menghidap diabetes tahap 2. Risiko sakit jantung juga lebih meningkat 23% berbanding orang yang makan sekali seminggu.


Kesimpulan

Kita sebagai manusia memang cenderung untuk makan bagi menambah tenaga dan meneruskan kehidupan.

Tapi korang kena ingat, zaman sekarang kita banyak pilihan jenis makanan. Kalau tengok dekat luar sana bermacam-macam jenis makanan yang viral sampai kita tak tahu baik untuk kesihatan atau tak.

Kesihatan ni sebenarnya suatu nikmat yang Tuhan bagi dekat kita. Tubuh badan ni juga macam salah satu amanah yang kita perlu jaga dengan pastikan tidak terjejas teruk akibat nafsu pemakanan kita.

So, sekarang ni korang dah tahu kan kenapa kita kena kurangkan pengambilan makanan berminyak dan bergoreng? Lepasni boleh mula amalkan pemakanan sihat. Ambil sayur, buah-buahan, dan vitamin yang diperlukan.

Kalau perasan, nombor 3 tadi saya ada jelaskan macam mana minyak ni boleh menyebabkan jerawat kan?

Memang betul, kulit muka kita ni ada kelenjar yang kerja dia hanya menghasilkan minyak atau dipanggil sebum. Kalau sebum ni terlebih, kulit muka memang mudah cenderung untuk menjadi pembiakan jerawat!

Dekat sini saya nak kongsikan satu krim treatment yang boleh MENGAWAL & MENGURANGKAN penghasilan sebum pada kulit.

Meuskin Booster Treatment Gel!



Korang kalau nak muka licin, bersih, bebas jerawat dan jeragat, guna je krim Meuskin Booster Treatment Gel ni. Ramai tau yang dah cuba dan memang terbukti berkesan!

Pelakon wanita popular Salina Saibi pun suka tau pakai Meuskin Booster Treatment Gel 😍



Kalau nak tahu info lanjut pasal Meuskin Booster Treatment Gel ni, korang boleh klik link dekat bawah ni 👇 nak terus order dekat link tu pun boleh!

https://emorrabiotech.onpay.my/order/form/meuskin

Nak wasap Meuskin HQ terus pun boleh. Klik dekat sini!



Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search