Wednesday, September 14, 2022

Check 5 Punca Badan Letih & Lesu Ni Korang Ada Buat Tak? - No.4 Paling Trending Sekarang!

Check 5 Punca Badan Letih & Lesu Ni Korang Ada Buat Tak? - No.4 Paling Trending Sekarang!



Pernah tak korang rasa letih dan lesu je tiap masa? Masuk pejabat je baru bukak laptop matadah mula rasa berat. Baru balik hantar anak sekolah pagi badan dah lesu, rasa nak baring atau lelap kejap. 

Kalau hari-hari macam ni, tak produktif la hari kita. Nak buat apa pun tak ada semangat. Akhirnya mood bertukar jadi muram, rasa nak marah, hilang motivasi, dan ada yang sampai mengalami kemurungan tau!

Selain daripada keletihan kerana kerja yang banyak, faktor kesihatan juga mempengaruhi kondisi tubuh badan kita. Faktor ni pula biasanya disebabkan gaya hidup dan pola pemakanan harian kita yang tidak sihat.

So apa punca sebenar badan kita jadi letih dan lesu ni? Kalau nak selesaikan masalah ni dengan segera, sambung baca artikel ni di bawah.


1. Konsumsi Gula Dan Karbohidrat Yang Berlebihan

Hindari gula dan karbohidrat yang berlebihan

Saya tahu rakyat Malaysia ni memang suka makan. Pantang weekend je mesti nak pergi foodhunting kan? 

Tapi korang  jangan pandang ringan dengan akibat buruk gula dan karbohidrat yang berlebihan. Bila mana korang makan makanan yang manis, gula dalam darah pasti akan melonjak naik! 

Memang tubuh badan kita ni perlukan gula untuk penghasilan tenaga tapi jika peningkatannya terlalu tinggi, tenaga tersebut juga akan hilang dengan cepat.


2. Stress Atau Depresi

Tekanan perasaan

Stress ni bukan sahaja memberi kesan pada emosi dan mental, malah boleh juga mempengaruhi fizikal kita. Ketika emosi kita mengalami perubahan, tubuh badan juga akan memberikan reaksi yang sama.

Kalau stress ni tak ditangani dengan betul, ia boleh mengakibatkan depresi. Antara gejala depresi adalah seperti tidak memiliki semangat dan tenaga, sering merasa keletihan, sedih, dan putus asa.


3. Kurang Tidur

Elakkan bermain telefon sebelum tidur

Kita semua tahu bahawa orang dewasa memerlukan tidur 7 jam atau lebih dalam satu malam. Jika waktu tidur tidak dijaga, maka badan akan sentiasa berasa letih kerana tubuh badan kita tidak mendapat rehat yang secukupnya.

Tidur adalah satu proses yang sangat penting untuk memberikan semula tenaga dan ketenangan otak. Cubalah atur jadual tidur anda dan elakkan bermain telefon sebelum tidur.


4. Terlalu Banyak Konsum Kafein

Kopi mengandungi banyak kafein

Bukannya tak bagus minum kopi ni, tapi kalau diminum secara berlebihan maka ia akan membuat tubuh badan berasa letih dan lesu.

Tanda-tanda badan terlalu tinggi kandungan kafein adalah seperti pening kepala, rasa nak muntah, insomnia, dehidrasi, dan akhir sekali ketagihan.


5. Kurang Nutrisi Dalam Badan

Nutrisi penting untuk tubuh badan yang sihat

Tubuh badan kita ni perlu mendapatkan jumlah nutrisi yang seimbang untuk membantu menjalani aktiviti dengan normal. Kalori yang diperlukan manusia juga berbeza bagi tiap individu.

Kekurangan nutrisi penting seperti vitamin B, zink, protein, dan lain-lain akan menjadikan tubuh badan kita sentiasa letih dan lesu sepanjang hari. Pastikan ambil makanan yang seimbang kombinasi antara sayur, buah, dan protein supaya dapat tingkatkan tenaga harian.


Kesimpulan

Nah, itulah 5 punca keletihan dan kelesuan yang sering dialami oleh tubuh badan kita. 

Poin yang paling jelas sekali antara semuanya ialah sentiasa bersederhana dalam pemakanan kita. Tak salah kalau nak makan sedap sekali sekala tapi pastikan kita seimbang kan semula.

Sekarang korang dah tahu macam mana nak pastikan badan sentiasa bertenaga kan? Lepasni bolehlah korang buat aktiviti dengan lebih yakin dan bermotivasi!

Cakap pasal keyakinan ni, saya nak kongsikan juga satu perkara yang boleh tingkatkan keyakinan diri.

Meuskin Booster Treatment Gel!

Kenapa Meuskin Booster Treatment Gel boleh buat korang confident?

Haa, sebabnya, kecantikan adalah salah satu pemberi keyakinan diri pada kita. Bayangkan, kalau muka korang kusam, penuh jerawat dan jeragat, takkan nak pergi kerja dengan rupa macam tu?

Takkan hari-hari nak cover pakai makeup? letih lah. Lepastu stress pulak orang asyik tegur kenapa muka teruk sangat. 

Dengan Meuskin Booster Treatment Gel ni, korang boleh SELESAIKAN MASALAH KULIT dengan sapu sikit je! Meuskin ni sejenis pelembap je, tapi sebabkan dia ada fungsi 3 dalam 1, dengan sekali sapu je Meuskin Booster Treatment Gel ni boleh merawat, melembap, dan mencerah tau!



Korang tekanlah link dekat bawah ni dan tengok sendiri testimoni-testimoni pengguna Meuskin. Diorang memang suka gila pakai Meuskin Booster Treatment Gel tau, siap repeat order lagi!

                             ðŸŽ€ https://emorrabiotech.onpay.my/order/form/meuskin ðŸŽ€

Nota : Artis & Pelakon Popular Salina Saibi pun pakai Meuskin Booster Treatment Gel tau!


Dalam link ni ada segala info bagai tentang Meuskin Booster Treatment Gel. Nak order terus pun boleh dalam tu hanya isi form je.

Kalau nak chat dengan diorang punya HQ lagi lah boleh! Customer service dia membantu sangat tau. Klik link di bawah;

📲 https://wa.link/dbki92 ðŸ“²







Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search