Sunday, September 11, 2022

Masih Ingat Tak Siapa Perdana Menteri Malaysia Yang Sebelum Ni? - Jom Kenali Siapa Mereka!

Masih Ingat Tak Siapa Perdana Menteri Malaysia Yang Sebelum Ni? - Jom Kenali Siapa Mereka!


Hai! Apa khabar korang semua? Saya doakan korang sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan berada dalam Rahmat-Nya.

Bersempena dengan sambutan ulangtahun Hari Malaysia yang ke-59, sudah pasti kita akan sambut dengan nilai patriotisme pada setiap 16 September. 

So harini saya nak kongsikan kepada korang semua secara ringkas tentang siapa yang pernah terajui negara Malaysia sebagai Perdana Menteri sejak merdeka sehinggalah kini.

Jangan terkejut, masih ramai lagi sebenarnya yang tak tahu tau siapa Perdana Menteri kita yang pertama sampai yang terkini.

Kalau korang pun nak cuba ingatkan kembali, jom sambung baca artikel ni di bawah!


Perdana Menteri Pertama - Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Bapa Kemerdekaan

Tunku Abdul Rahman merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari tahun 1955, dan beliau diangkat menjadi Perdana Menteri yang pertama berikutan peristiwa Kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957.

Dikenali sebagai "Bapa Kemerdekaan", laungan "Merdeka!" beliau sebanyak 7 kali itu sangat diingati sehingga sekarang. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 juga merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. 


Perdana Menteri Kedua - Allahyarham Tun Abdul Razak

Bapa Pembangunan

Tun Abdul Razak ialah seorang ahli politik Malaysia yang sangat aktif dan menyandang jawatan Perdana Menteri Malaysia Kedua dari September 1970 hingga kematiannya pada tahun 1976.

Anak kelahiran Pekan, Pahang ini masyhur dengan pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) beliau pada tahun 1971 yang bertujuan untuk membangunkan Malaysia setanding dengan negara-negara Asia Tenggara yang lain.


Perdana Menteri Ketiga - Allahyarham Tun Hussein Onn

Bapa Perpaduan


Tun Hussein Onn merupakan anak kepada pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) iaitu Dato' Onn Jaafar pada tahun 1946. Beliau yang lahir di Johor Bahru telah menerima pendidikan awal di Singapura.

Beliau yang berasal dari keluarga yang mempunyai akar politik telah dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketiga selepas kematian Tun Abdul Razak pada Januari 1976.

Dikenali sebagai Bapa Perpaduan Malaysia kerana usaha beliau dalam memberi penekanan kepada konsep Rukun Tetangga  dan penegasan terhadap persoalan perpaduan melalui dasar-dasar yang diterajui olehnya.


Perdana Menteri Keempat - Tun Dr Mahathir Mohamad

Bapa Pemodenan


Tun Dr Mahathir Mohamad menyandang jawatan Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan merupakan yang paling lama memegang jawatan tersebut iaitu selama 22 tahun.

Beliau telah berjaya menukarkan Malaysia dari sebuah negara pertanian kepada negara perindutrian moden. Anak kelahiran Kedah ini sangat dikenali dengan kebijaksanaan, kecekapan, dan ketegasan beliau dalam mentadbir urus negara, sehingga Malaysia dikenali di serata dunia.


Perdana Menteri Kelima - Tun Abdullah Badawi

Bapa Pembangunan Modal Insan


Lebih mesra dikenali dengan panggilan "Pak Lah", Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi diangkat menjadi Perdana Menteri dari tahun 2003 sehingga 2009.

Beliau memperjuangkan fahaman Islam yang sederhana, berikutan peristiwa 9/11 di Amerika Syarikat. Ini mendorong Pak Lah untuk mencetus idea Islam Hadhari di Malaysia yang mengetengahkan konsep "Islam yang bertamadun".


Perdana Menteri Keenam - Dato Sri Najib Razak

Bapa Transformasi


Ahli politik kelahiran Pekan, Pahang ini merupakan anak kepada Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Beliau mewarisi jawatan Perdana Menteri keenam dari tahun 2009 hingga 2018.

Dato Sri Najib Razak telah menyandang beberapa jawatan menteri sepanjang karier politik beliau seperti Menteri Belia dan Sukan, Menteri Pertahanan, dan jua merupakan Menteri Besar Pahang dari tahun 1982- 1986.

Digelar Bapa Transformasi kerana usaha beliau dalam merubah ekonomi Malaysia untuk lebih ke hadapan, dan menitikberatkan pembangunan luar bandar supaya tidak ketinggalan dengan kemajuan ekonomi.


Perdana Menteri Ketujuh - Tun Dr Mahathir Mohamad

Bapa Pemodenan

Tun Mahathir mencipta sejarah negara Malaysia dengan menyandang jawatan Perdana Menteri buat kali kedua. Ini berikutan kemenangan majoriti pihak pembangkang yang pertama kali dalam sejarah Pilihan Raya Umum Malaysia pada tahun 2018.


Perdana Menteri Kelapan - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Dikenali mesra dengan panggilan 'Abah'

Tan Sri Muhyiddin menjawat jawatan Perdana Menteri pada Februari 2020 selepas berlakunya krisis politik dalam negara yang menyaksikan Tun Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh.

Beliau merupakan anak kelahiran negeri Johor Darul Ta'zim, dan telah memegang jawatan Ahli Parlimen Pagoh sejak dari 1978. Pandemik Covid-19 merupakan cabaran tugasan beliau sepanjang menjadi Perdana Menteri, di samping menangani isu-isu politik yang sedang berada dalam krisis pada masa itu.


Perdana Menteri Kesembilan - Dato Sri Ismail Sabri Yaakob

Membawa konsep 'Keluarga Malaysia'

Beliau merupakan seorang ahli politik yang menjadi Ahli Parlimen Bera, Pahang dan pernah memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan semasa pemerintahan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dato Sri Ismail Sabri membawa konsep 'Keluarga Malaysia' yang menjadi moto pentadbirannya dengan harapan rakyat Malaysia hidup harmoni dan damai sebagai sebuah keluarga besar.


Kesimpulan

Sedar tak sedar, Malaysia telah mempunyai sembilan orang Perdana Menteri sejak dari negara kita mencapai kemerdekaan sehingga sekarang.

Walaupun banyak rintangan dan dugaan yang dihadapi oleh kita semua, tapi saya amat berbangga kerana Malaysia masih lagi boleh dikatakan sebuah negeri yang aman tanpa pergolakan atau pertumpahan darah.

Di sini juga saya nak ajak korang semua untuk sama-sama menyambut Hari Malaysia pada 16 September ini dengan membawa semangat dan jiwa patriotisme yang cinta akan tanah air kita.

Saya ada satu lagi perkara yang saya nak kongsikan bersempena dengan Hari Malaysia ni, iaitu PROMO HARI MALAYSIA Meuskin Booster Treatment Gel!

Usaha untuk menyokong produk tempatan pun dikira sebagai salah satu semangat patriotisme tau! 

Jadi, di Meuskin HQ ni diorang tengah buat promo BESAR-BESARAN! Korang BELI 2 PERCUMA 1. Serious tak tipu!

Klik link yang saya bagi ni untuk dapatkan segala info tentang Meuskin Booster Treatment Gel dan terus order dekat situ : https://emorrabiotech.onpay.my/order/form/meuskin


DAPATKAN SEKARANG!









Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search