Wednesday, September 28, 2022

Amalkan 5 Tips Ini Untuk Jantung Sihat

Amalkan 5 Tips Ini Untuk Jantung Sihat





Percaya atau tak, penyakit jantung merupakan salah satu musuh utama negara kita. Pada tahun 2019 sahaja, 15 peratus daripada 109,164 kematian di Malaysia adalah disebabkan oleh penyakit jantung.

Dengan pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh negara, lebih ramai individu yang berpotensi untuk mendapat pelbagai penyakit yang berkaitan dengan sistem tubuh badan kita.

Artikel kali ini saya nak berkongsi tentang tips penjagaan jantung kita. Kalau korang nak tahu, pasangan yang mementingkan dan mengamalkan penjagaan kesihatan jantung akan hidup lebih sihat dan sejahtera.

Jom baca 5 tips berikut tentang bagaimana nak melakukannnya;

1. Kekalkan Berat Badan Yang Sihat


Body Mass Index (BMI) atau dalam bahasa melayu Indeks Jisim Tubuh (IJT) ini sebenarnya penting untuk dijadikan skala ukur sama ada berat badan kita berada dalam lingkungan yang normal atau tidak.

Nilai IJT yang dikira sebagai sihat adalah di antara 18.5 dan 24.9. Sekiranya lebih, korang akan dikategorikan sebagai overweight. Jika kurang, ia dikira sebagai underweight. Penjagaan IJT ini membantu mengurangkan tahap gula dalam darah dan juga tekanan darah.

2. Jaga Tahap Kolestrol, Tekanan Darah & Gula Dalam Lingkungan Normal


Kalau nak pantau korang punya tahap kolestrol, tekanan darah dan gula dalam badan, sila lakukan pemeriksaan kesihatan lengkap sekurang-kurangnya setahun sekali.

Dengan cara ini, korang sentiasa tahu bagaimana tahap kesihatan, risiko, dan pencegahan awal yang boleh dilakukan.

3. Amalan Diet Sihat


Pengambilan makanan yang seimbang adalah sangat penting kerana makanan mempengaruhi kesihatan tubuh badan. Apa yang kita makan, itulah yang akan menentukan apa bakal terjadi.

Kurangkan makanan bergoreng, lemak tepu, dan tinggi kolestrol. Sebaliknya, lebihkan makanan yang mempunyai nilai nutrisi yang baik seperti buah-buahan dan sayuran. Selain itu, adalah sangat digalakkan untuk mengurangkan pengambilan garam dan gula.

4. Lakukan Senaman Fizikal


Korang tahu tak sebenarnya tabiat bersenam ni salah satu cara untuk kekalkan tahap tekanan darah, gula, dan kolestrol dalam lingkungan normal.

Tidak semestinya perlu berlari atau lakukan aktiviti lasak. Tetapi sekurang-kurangnya berjalan dan mengeluarkan peluh kerana ia dapat membantu membakar kalori yang berlebihan dalam tubuh badan.

5. Pengurusan Stres


Walaupun tahap stres kita tu kecil dan tak memberi impak sangat pada mood, tapi jangan pandang ringan tau! Apa yang penting adalah cara kita mengawal dan bertindak untuk sentiasa berada dalam keadaan tenang.

Stres yang berlebihan boleh menjadi punca tekanan darah meningkat dan menambah beban terhadap jantung dan otak kita. Jadi, kita digalakkan untuk melakukan aktiviti seperti yoga dan juga meditasi kerana ia dapat mengembalikan ketenangan diri dan mengurangkan stres.


Kesimpulan

So, sekarang ni korang pun dah tahu betapa pentingnya gaya hidup seseorang itu yang boleh mempengaruhi kesihatan tubuh badan.

Kesemua tips di atas perlu dikongsi dengan ramai orang supaya sama-sama kita dapat perangi penyakit jantung ini.

Selain itu, kesihatan kulit juga memainkan peranan penting dalam membentuk keyakinan diri. Kulit yang bermasalah seperti jerawat, jeragat, breakout, kusam dan kedut ini sebenarnya memberi kesan dari segi moral dan emosi pada seseorang.

Dengan itu, saya nak kongsikan satu Treatment Gel yang ramai dah guna sekarang ni dan alhamdulillah ia memberi satu kesan yang positif dalam hidup mereka!

Meuskin Booster Treatment Gel!



Apa itu Meuskin Booster Treatment Gel

Ia sebenarnya sejenis pelembap tapi bukan pelembap biasa-biasa tau. Meuskin Booster Treatment Gel ada fungsi 3 dalam 1 iaitu merawat, melembap, mencerah. So, dalam erti kata lain ia boleh mencantikkan kulit sambil merawat masalah yang SEBENAR dengan efisien!



Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Meuskin Booster Treatment Gel, korang boleh tekan link yang saya bagi dekat bawah ni. Dalam website Meuskin HQ tu ada segala info yang korang boleh baca. Nak order terus pun boleh!


Kalau nak whatsapp terus dengan HQ diorang pun boleh. Klik sini 👈📲

Eh! Pelakon Wanita Popular Salina Saibi pun pakai Meuskin Booster Treatment Gel tau. Patutlah kulit muka dia sentiasa cantik, bersih, awet muda 😍



Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search