Thursday, September 22, 2022

Baca 5 Punca Kulit Anda Kusam - Nombor 4 Paling Turn Off!

Baca 5 Punca Kulit Anda Kusam - Nombor 4 Paling Turn Off!


 

Setiap pagi lepas mandi kita selalu tengok cermin kan? Bila tenung betul-betul muka kita ni, semakin berusia semakin hilang seri.

Cuba bayangkan 10 atau 20 tahun yang lepas, kulit masa tu cerah, licin, gebu, dan masih anjal lagi. Tapi sekarang bila fikir balik, macam mana boleh jadi macam ni.

Ya, memang proses penuaan tu satu perkara yang tak dapat nak dielakkan. Cuma kalau korang nak lambatkan proses penuaan tu, pertama sekali kita kena tahu apa punca yang menyebabkan kulit makin kusam dan kedut.

Artikel kali ini saya nak kongsikan faktor-faktor yang menjadikan kulit semakin hilang seri, pucat dan tak bermaya.

1. Dehidrasi


Semenjak dari sekolah lagi kita diajar untuk meminum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Memang ada pun kajian yang mendapati wujud hubungan kuat antara pengambilan air yang mencukupi dengan memiliki kulit dan badan yang sihat.

Dengan meminum air yang cukup dengan keperluan diri, ia dapat meningkatkan penghidratan dari bawah permukaan kulit.

Selain itu, penggunaan serum dalam rutin penjagaan kulit muka juga amat membantu meningkatkan kelembapan pada lapisan kulit atas.

2. Kekurangan Kelembapan


Menggunakan pelembap atau moisturizer semestinya langkah terbaik untuk mencegah kulit kusam. Kulit yang dibiarkan kering memang akan membuatkan kulit korang mudah rosak, terdedah dengan hiper-pigmentasi, dan seterusnya naik jeragat yang banyak.

Menggunakan pelembap yang mengandungi hyaluronic acid dapat membantu menghidrasi dan mengekalkan kelembapan kulit pada kadar yang tinggi.

Amalkan 2 kali sehari dengan konsisten untuk mendapatkan kulit yang sentiasa glowing!

3. Pengumpulan Sel Kulit Mati


Secara semula jadinya, kulit manusia akan membuang sel mati secara tetap untuk memberi laluan kepada sel yang baru.

Namun ada kalanya sel-sel mati ini terkumpul di permukaan wajah dan mengakibatkan kulit menjadi kering, menggelupas, kusam, dan bertompok.

Saya sarankan untuk skrub muka sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu untuk tujuan eksfoliasi. Langkah ini amat digalakkan untuk sentiasa mengekalkan kulit muka bersih dari sebarang kekotoran.

4. Penggunaan Tembakau


Tabiat merokok ni bukan sahaja mengakibatkan penyakit seperti kanser dan sakit jantung. Malah kandungan racun dalam rokok ini juga sangat berbahaya sehinggakan memberi kesan pada kesihatan kulit muka juga.

Ini disebabkan ia menjejaskan pengeluaran kolagen dan merendahkan gentian elastik dan tisu penghubung dalam kulit.

Dalam erti kata lain, bahan kimia dalam rokok ini akan membuatkan kulit menjadi tidak anjal, rosak, dan kelihatan kusam.

5. Penuaan


Macam yang saya sebutkan pada permulaan artikel ini tadi, proses penuaan ni kita tidak boleh elak. Namun, kita mampu untuk melambatkan atau menjaga proses tersebut supaya tidak menjadi lebih teruk.

Untuk mengekalkan kesihatan kulit pada tahap optimum pada usia tua, amalkan dari sekarang langkah rutin penjagaan kulit harian seperti di bawah;


1. Pencuci Muka
2. Toner
2a. Serum
3. Pelembap
4. Sunscreen

Kesimpulan

So, sekarang ni korang pun dah tahu kan apa punca-punca kulit menjadi kusam dan kehilangan seri.

Lepasni boleh lah mula amalkan tabiat-tabiat yang lebih sihat untuk kulit. Bukan hanya menjaga kesihatan badan sahaja, malah kulit pun harus dijaga supaya tidak terdedah dengan masalah-masalah kulit yang lebih serius.

Okay, kalau korang nak tips untuk sentiasa nampak kulit cerah, glowing, dan anjal, meh sini saya nak kongsi satu produk yang tengah hangat diperkatakan sekarang!

Meuskin Booster Treatment Gel!



Meuskin Booster Treatment Gel ni sejenis pelembap juga tau tapi yang bestnya dia ada fungsi 3 dalam 1 iaitu merawat, melembap, dan mencerah kulit.

Sebab apa? Sebab bahan-bahan dalam ni terdiri daripada aloe vera, niacinamide, hyaluronic acid, ekstrak pegaga, dan lain lain lagi.



So, korang kalau ada masalah kulit macam jeragat, jerawat, kulit kusam dan kedut memang sangat sesuai guna krim Meuskin Booster Treatment Gel ni. Jangan risau, dalam ni tiada merkuri dan bahan terlarang tau! Dan yang paling penting LULUS KKM.

Korang boleh klik dekat link yang saya bagi ni. Dalam tu segala info ada tentang Meuskin Booster Treatment Gel. Testimoni pun ada!


Kalau nak chat HQ diorang terus pun boleh. Klik di sini 👈





Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search