Wednesday, September 21, 2022

Jenis-Jenis Dessert Di Luar Negara - Turkiye, Sepanyol, Portugal, Dan Banyak Lagi!

Jenis-Jenis Dessert Di Luar Negara - Turkiye, Sepanyol, Portugal, Dan Banyak Lagi!

 


Dessert atau pemanis mulut ni memang dah jadi menu wajib lepas kita makan makanan yang berat. Tak kisah lah dessert tu jenis pastri atau pun buah-buahan, korang mesti nak maniskan mulut kan?

Artikel kali ni saya nak kongsikan dengan korang semua macam-macam jenis dessert dari pelbagai negara. 

Lepas korang dah habis baca artikel ni boleh lah cuba buat sendiri di rumah atau foodhunting sendiri di kafe-kafe yang menjual dessert.


Sepanyol : Churro


Churro ni adalah sejenis donut panjang yang diacu oleh alat khas dipanggil churrera. Alat ini memberikan churro bentuk yang seakan akan jalur bergerigi.

Adunan churro ini sebelumnya perlu digoreng dalam minyak dan seterusnya ditabur dengan gula untuk berikan rasa manis. Nama pun pemanis mulut kan?

Di Sepanyol, mereka biasanya makan churro ini dengan mencecahnya dengan sos coklat panas untuk ekstra manis!


Mesir : Basbousa



Dessert ini sangat popular di negara Mesir, malah sekarang ni dekat Malaysia pun ada peniaga dari asal sana yang menjual basbousa ni.

Basbousa ni adalah sejenis kek dari Timur Tengah yang diperbuat dari tepung semolina, gula, dan juga mentega. Selepas dibakar di dalam ketuhar, ia akan disira dengan sirap ros dan juga perahan lemon untuk menaikkan rasanya.

Nama basbousa ini berasal daripada perkataan 'hanya satu ciuman' dalam bahasa Arab, yang merujuk kepada rasa manis yang bermain di bibir pada setiap gigitan.


Indonesia : Dadar Gulung



Sekali pandang seakan akan kuih ketayap kan? Ya, betul lah tu. Dadar gulung atau dipanggil kueh dadar oleh orang Indonesia ni memang sama macam kuih ketayap di Malaysia.

Pemanis mulut yang berasal dari Bali ini dikenali dengan warna hijau terang yang datang daripada ekstrak pandan.

Krep comel ini diperbuat daripada tepung beras dan santan, serta dimasukkan inti seperti gula melaka dan kelapa parut. Rasa manisnya memang sangat sesuai dihidang semasa minum petang sambil menikmati hirupan teh panas!


Portugal : pastel de nata



Pastel de nata ni merupakan sejenis pastri krim yang mempunyai kerak yang menggelupas, kastard di bahagian tengah, dan bahagian atas yang berkaramel manis.

Dessert ini juga lebih dikenali di Malaysia dengan nama egg tart. Sangat sesuai dimakan dalam keadaan panas.

Kalau korang nak tahu sejarah pastel de nata ni dicipta oleh sami-sami yang tinggal di biara Belem, Portugal. Mereka menjual kek dan pastri untuk menampung perbelanjaan kos di biara.


Greece : Galaktoboureko


Macam susah nak sebut perkataan ni kan? Tapi sebenarnya nama pemanis mulut ini adalah gabungan dari perkataan greece "galakto" yang bermaksud susu dan perkataan turki "boureko" yang bermaksud sesuatu yang disumbat dalam filo pastri.

Galaktoboureko ini merupakan dessert yang sangat popular di Negara Greece dan dalam resipi tradisionalnya, ia menggabungkan tepung semolina dan gula.


India : Gulab Jamun



Bola doh melekit ini sama seperti donat biasa, cuma ia diperbuat daripada campuran susu tepung, tepung, dan mentega.

Pemanis mulut yang berasal dari negara India ni kalau kita tengok rupa dia pun tahu rasa manis. Ini kerana selepas doh tadi digoreng dalam minyak, ia akan direndam dengan sirap cardamom dan air ros selama beberapa jam!


Rusia : syrniki



Ramuan rahsia untuk penkek yang kecik tapi tebal ni dipanggil tvorog, iaitu keju segar yang digunakan untuk membuat syrniki ni.

Tvorog ni sama dengan keju ricotta dan kotej, cuma ia dicampur dengan tepung dan telur, kemudian digoreng di atas ketuhar seperti penkek.

Syrniki ni memang sangat sesuai dimakan ketika sarapan pagi dan dihidang bersama madu, jem, atau buah-buahan untuk menambah rasa umphh!


Turkiye : Kunefe



Wah! Kunafa ni memang tengah viral sekarang dekat Malaysia. Kalau tengok dekat tiktok atau instagram ada je orang buat video pasal kunafa ni.

Dessert rangup ni diperbuat daripada keju yang dipanggil dil peyniri, iaitu mozarella versi Turki yang diletak di antara doh. Doh ini diperbuat daripada tepung vermicelli khas untuk kunafa.

Biasanya kunafa ni dituang sirap di atasnya untuk rasa manis dan sangat sesuai dihidang panas semasa kejunya cair serta minum dengan teh.

Kesimpulan

Sebenarnya banyak lagi pemanis mulut yang ada, tapi cukup sampai sini dulu. Mungkin kalau ada rezeki lagi saya akan kongikan dessert dari negara lain pulak.

So sekarang korang dah tahu beberapa jenis makanan yang boleh dijadikan dessert kan? Lepasni boleh lah cuba google resipi dan buat sendiri kalau ada masa lapang hujung minggu ni. 

Sekarang ni banyak dah jenis makanan yang kita boleh makan, pelbagai variasi dan versi pencuci mulut kita boleh dapatkan sekarang. Tapi kita kena ingat juga untuk jaga kesihatan.

Berpada pada dalam mengambil gula, minyak, dan garam. Kalau berlebihan nanti boleh dapat penyakit macam kencing manis, darah tinggi, dan sebagainya.

Makanan yang kita makan ni juga boleh mempengaruhi kesihatan dan kecantikan kulit kita. Kalau salah makan nanti ada yang tumbuh jerawat, naik jeragat, kulit breakout.

Dekat sini saya nak share pelembap yang tengah HOT sekarang. Ramai orang dah cuba sebab diorang nak selesaikan masalah kulit.

Meuskin Booster Treatment Gel!




Korang boleh tekan link yang saya bagi dekat bawah ni kalau nak tahu info lanjut tentang Meuskin Booster Treatment Gel 👇





Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search