Tuesday, September 27, 2022

Makanan & Minuman Yang Tidak Dibenarkan Untuk Wanita Hamil

Makanan & Minuman Yang Tidak Dibenarkan Untuk Wanita Hamil

 


Bagi para wanita yang pernah, sedang, atau merancang untuk mengandung, perkara yang paling dirisaukan adalah pemakanan mereka. Di Malaysia, khususnya orang Melayu, banyak pantang larang dari segi makanan yang perlu diikut.

Sebenarnya, memang betul pun. Terdapat beberapa jenis makanan dan minuman yang perlu dielakkan ketika hamil kerana boleh memberikan kesan yang buruk kepada kesihatan ibu dan juga bayi.

Korang tahu tak pengambilan makanan, minuman, atau ubat-ubatan yang tidak dibenarkan semasa hamil ni akan beri kesan sampingan. Sebelum nak memulakan sesuatu yang baru, adalah lebih baik kalau korang dapatkan nasihat doktor sakit puan dulu untuk mendapatkan kepastian.

Alkohol


Minuman beralkohol sememangnya tidak baik untuk kesihatan, apatah lagi untuk tubuh badan wanita yang sedang hamil. Pengambilan alkohol oleh ibu hamil sering dikaitkan dengan masalah-masalah seperti kecacatan fizikal dan mental bayi.

Kandungan alkohol ini diserap dengan mudah dan cepat oleh bayi melalui plasenta tetapi proses pembuangannya mengambil masa yang sangat lama. Ini sekali gus akan memusnahkan kandungan asid folik yang diperlukan dalam pertumbuhan awal fetus.

Kafein


Pengambilan minuman atau makanan yang berkafein seperti kopi, koko, dan minuman bergas juga boleh mengakibatkan kerencatan perkembangan bayi yang tidak normal. 

Antara kesan yang bakal dialami adalah bayi yang kurang berat semasa dilahirkan. Selain itu, kafein juga boleh menjejaskan kandungan kalsium tulang si ibu.

Rokok


Tengok saja dekat kotak rokok pun korang boleh tahu yang rokok ni boleh mengakibatkan pelbagai penyakit seperti kanser dan gangren.

Bagi ibu hamil pula memang dilarang keras untuk merokok kerana implikasinya sangat teruk seperti kelahiran bayi pra-matang (tidak cukup bulan), terbantut, dan berat yang amat rendah. Masalah keguguran juga sangat berpotensi untuk berlaku pada ibu yang merokok.

Ubat ubatan


Sesetengah ubat-ubatan boleh mendatangkan mudarat kepada bayi mahu pun ibu bayi itu sendiri jika diambil. Kalau korang berasa ragu-ragu dan tidak mempunyai pengetahuan yang betul tentang ubat-ubatan, sila rujuk kepada doktor sakit puan atau ahli farmasi terutamanya pada trimester pertama.

Gula


Bagi para ibu yang sudah biasa buat check up di klinik, memang sudah menjadi kebiasaan untuk jururawat periksa kandungan gula dalam darah mereka. Ini untuk memastikan si ibu tidak mengalami komplikasi seperti kencing manis semasa mengandung kerana kebiasaannya ia akan mengakibatkan bayi menjadi besar daripada selalunya.

Vitamin A


Kandungan vitamin A yang tinggi melebihi paras 5,000iu adalah tidak dibenarkan semasa hamil. Kondisi tersebut akan menyebabkan kecacatan muka, kepala, jantung, dan saraf pada bayi.

Kalau nak lebih selamat, wanita hamil boleh mengambil alternatif vitamin A yang lain seperti beta karoten daripada lobak merah. Beta karoten ini akan ditukar kepada vitamin A di dalam badan bila perlu sahaja.

Merkuri


Antara makanan yang tinggi dengan kandungan merkuri adalah dari sumber laut seperti ikan tuna, makerel, jerung, dan ikan-ikan besar yang lain.

Pengambilan makanan jenis ini jika dikonsum dengan banyak akan menyebabkan kerosakan saraf pada bayi.

Makanan Mentah


Jarang sekali kita dengar orang makan makanan secara mentah kan? Tapi apa yang cuba disampaikan di sini ialah makanan yang dimasak sedikit sahaja, atau dalam bahasa inggerisnya dipangil rare meat.

Makanan yang mentah biasanya mempunyai bakteria-bakteria jahat seperti Toxoplasmasis, E.coli, Salmonella, dan Listeria. Semua bakteria ini hanya boleh hilang sekiranya dimasak pada suhu panas. Pengambilan ikan mentah seperti sushi juga boleh menyebabkan cacing yang akan memakan zat-zat yang sepatutnya diperlukan oleh bayi untuk tumbesaran.


Kesimpulan

Secara keseluruhannya, memang banyak pantang larang dari segi pemakanan bagi ibu yang hamil. Ya, bukan senang nak jaga kandungan bayi anda, bukan?

Ada lagi jenis makanan yang tidak boleh diambil seperti makanan yang diproses (sosej,nugget), pemanis tiruan, dan makanan berempah. 

Sebagai ibu yang sayangkan cahaya matanya, korang perlu menjadi lebih peka dan berhati-hati dalam pengambilan makanan harian ketika dalam fasa kehamilan. Korang pun mesti nak bayi lahir dalam keadaan sihat dan ceria kan?

Okaylah, saya harap perkongsian seperti ini dapat memanfaatkan para ibu di luar sana yang mungkin sedang teruja menanti kehadiran si comel!

Dalam pada itu jangan lupa juga untuk menjaga kesihatan kulit korang. Ada sesetengah ibu hamil secara tiba-tiba mengalami perubahan kulit sebaik sahaja selepas bersalin mahu pun sebelum.

Ada yang selepas bersalin tumbuh jeragat, ada yang kulit jadi makin kusam gelap, ada juga yang tiba-tiba kulit breakout.

Jadi, saya cadangkan guna krim Meuskin Booster Treatment Gel ni! Dah tentu selamat dan bagi banyak manfaat pada kulit!


Bagi para ibu kat luar sana, krim Meuskin Booster Treatment Gel ni selamat digunakan sebab tiada bahan terlarang dalam ni. Lagi bagus ada lah sebab bahan-bahan dalam ni terdiri daripada ekstrak aloe vera, hyaluronic acid, niacinamide, ekstrak pegaga, dan helianthus annuus (bunga matahari).

Ramai yang dah cuba Meuskin Booster Treatment Gel ni dan terkejut sebab kesan dia memang sangat puas hati! Siap ada yang komen cakap muka macam anak dara.


Korang yang tak mengandung tu pun lagi lah disarankan guna krim pelembap Meuskin Booster Treatment Gel ni sebab dia ada fungsi 3 dalam 1 iaitu merawat, melembap, dan mencerah. Maksudnya, segala masalah kulit yang korang ada sekarang Meuskin Booster Treatment Gel boleh selesaikan dengan cara paling selamat tau!


Kalau nak tahu info lanjut tentang Meuskin Booster Treatment Gel yang tengah VIRAL ni, korang boleh tekan link saya bagi dekat bawah ni 👇


Atau chat je terus dengan HQ diorang lagi best!


So apa tunggu lagi? Pelakon Salina Saibi pun rekemen suruh pakai Meuskin Booster Treatment Gel tau! Cepat order sekarang!




Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search