Sunday, September 25, 2022

Amalkan 5 Tips Ni Untuk Perform Kat Tempat Kerja!

Amalkan 5 Tips Ni Untuk Perform Kat Tempat Kerja!


Pernah tak korang rasa tiba-tiba takde mood kat tempat kerja? Nak submit report tapi satu apa pun belum buat? Baru masuk pejabat tapi dah rasa lemau dan mengantuk?

Sebenarnya ada beberapa faktor yang boleh buatkan hari korang tak produktif di tempat kerja. Antaranya ialah tidak membahagikan masa atau jadual dengan baik, serta masalah peribadi yang dibawa ke tempat kerja.

So, macam mana nak ubah mindset atau fikiran supaya cara kerja korang lebih baik dan efisien? 

Jom ikuti artikel ini dan baca sampai habis!

1. Susun Jadual Kerja


Ini merupakan salah satu langkah paling berkesan untuk dapatkan hari yang produktif, dengan syaratnya mesti disiplin ikut jadual yang korang sendiri buat dan tak tipu diri sendiri tau!

Korang boleh susun perkara atau tugasan mengikut keutamaan. Contohnya, utamakan tugasan yang diminta oleh bos korang mengikut dateline yang diberi. Kemudian baru lakukan kerja-kerja lain yang mungkin kurang kepentingan dan risiko.

2. Vibe Positif


Mulakan pagi korang dengan senyuman dan bertegur sapa lah dengan jiran atau orang sekeliling sebelum ke tempat kerja. Ini merupakan salah satu cara untuk mencipta persekitaran yang positif.

Percayalah, kalau sekeliling kita mempunyai vibe yang positif dan teruja, minda korang lebih tenang dan segala masalah yang dihadapi di tempat kerja mampu diselesaikan dengan mudah.

3. Buang Perasaan Putus Asa


Rileks! Kalau korang gagal dalam sesuatu tugasan, jangan sekali-kali putus asa. Tetapkan dalam minda korang yang manusia memang tak lari dari kesilapan dan apa yang korang perlu buat selepas jatuh adalah bangun. 

Kalau kena marah dengan bos, jangan rasa terkilan. Anggap ia sebagai teguran untuk memperbaiki diri supaya jadi 1000x lebih baik!

4. Jaga Penampilan Diri


Ha yang ni mesti ramai yang pandang remeh dan anggap sebagai hal kecil. Nak pergi kerja kena hensem ke? Kena cantik-cantik baru boleh buat kerja ke?

Jangan salah tafsir. Sebenarnya apa yang dimaksudkan kat sini ialah penampilan diri. Sebelum pergi kerja, pastikan pakaian bersih dan digosok, rambut disikat, perfume dipakai. Dengan cara ini, semangat untuk mulakan hari dengan vibe positif tu mesti mencanak!

5. Ketepikan Masalah Peribadi


Ini poin yang sangat penting. Sebagai pekerja, dalam apa jua bidang atau profession pun, kita mesti kekalkan profesionalisme dan apa jua keputusan serta tindakan di tempat kerja tidak boleh dipengaruhi oleh masalah peribadi di luar tempat kerja.

Sama juga seperti dirumah. Jangan bawa masalah tempat kerja di rumah. Perkara seperti ini boleh memberi kesan yang buruk kepada hidup kita.

Kesimpulan

Sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada pasang surut emosi dan psikologi. Tetapi, apa yang kita boleh lakukan ialah dengan mengawal dan mengimbang di antara dua perkara tersebut.

Untuk dapatkan hari yang produktif di tempat kerja, semestinya perlu ada mindset dan disiplin yang betul. Supaya otak lebih berada dalam keadaan yang positif dan sedia untuk membuat keputusan yang bijak.

Selain itu, kesemua tips yang saya kongsikan di atas bukan sahaja berguna di tempat kerja, malah boleh digunakan untuk menambah keyakinan pada diri sendiri.

Bercakap soal keyakinan diri, poin nombor 4 tadi ada menjelaskan tentang penampilan diri yang perlu dijaga. 

Dekat sini saya nak kongsikan pula salah satu tips rahsia untuk menaikkan keyakinan diri dengan menjaga kulit.

Meuskin Booster Treatment Gel!

Bagi para wanita tidak kira yang bekerja atau suri rumah, kulit muka merupakan aset utama. Kalau tak jaga dengan betul, semua benda nak buat tak jadi apa weh!

Tak percaya? Cuba bayangkan kulit muka penuh dengan jerawat, tompok gelap jeragat, kulit kusam dan kedut sana sini. Takkan lah tiap-tiap hari nak kena cover dengan make up. Penat tau!

Dah tu pulak, kawan-kawan dengan jiran asyik tanya kenapa muka teruk sangat. Tak pandai jaga ke. Ha lepastu diri sendiri rasa stress, malu, putus asa. Masuk pejabat pun dah takde semangat, kerja tak siap, taknak jumpa orang. Last-last tak perform, lepastu kena buang kerja!

Fikirlah semula, dengan hanya masalah kulit je korang boleh sampai kena buang kerja. Boyfriend/Girlfriend minta putus. Suami/Isteri dah taknak bermesra. Adoi sedihnya hidup!

Kalau korang taknak jadi macam tu, meh sini saya kongsikan satu krim pelembap yang boleh selesaikan SEMUA masalah kulit korang. Ya, SEMUA!



Meuskin Booster Treatment Gel ni sejenis pelembap TAPI ada fungsi 3 DALAM 1 iaitu merawat, melembap, dan mencerah. Tengok sendiri lah bahan-bahan utama dalam Meuskin Booster Treatment Gel ni memang power padu!

Ramai yang dah cuba pakai krim Meuskin Booster Treatment Gel ni dan memang diorang puas hati dengan kesannya!




Bukan nak cakap apa, tapi korang tengok lah sendiri dekat website diorang. Dalam tu ada segala info yang korang nak tahu!

Tekan link ni : https://emorrabiotech.onpay.my/order/form/meuskin ðŸŽ€ðŸŽ€ðŸŽ€

Nak lagi yakin? Nak diskaun? Korang chat je HQ diorang terus lagi senang!

Whatsapp Meuskin HQ sekarang! : https://wa.link/dbki92 ðŸ“²






Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search