Friday, September 9, 2022

3 Punca Jeragat Naik Kat Muka & Tips Untuk Kulit Licin - Check Muka Korang Depan Cermin Sekarang!

3 Punca Jeragat Naik Kat Muka & Tips Untuk Kulit Licin - Check Muka Korang Depan Cermin Sekarang!


 

*Pada suatu pagi yang tenang*

"Eh Siti, muka kau ni aku tengok makin kusam, macam banyak tompok hitam kat muka tu dah kenapa?" Tegur jiran sebelah rumah, Ida.

"Kau bukannya kerja dekat luar pun, suri rumah sepenuh masa je. Tapi kulit macam kerja dekat kilang"

Siti jawab, "Entahlah, aku pun baru perasan semenjak dua menjak ni tengok cermin lepas mandi tompok hitam ni mula start naik kat bawah pipi"

"Meh sini aku tengok dekat sikit... Lahhh ni jeragat Siti! Kau takde pakai pencuci muka ke?". Tanya Ida dengan selamba.

Siti jawab lagi, "Mestilah aku pakai! Kau ingat aku tak pandai jaga muka ke?"

"Umur kita ni dah masuk 40-an Siti, kalau tak bersihkan muka dengan betul nanti makin merebak jeragat tu. Kau nak ke muka bertompok sana sini?" Balas Ida dengan pedas.

"Bukan apa, kadang kita ni kaum perempuan nak nampak cantik juga depan suami. Takkan lah hari-hari suami balik kerja tengok rupa dah macam peta dunia. Dah la bertompok, kusam pulak tu. Takde selera nanti. Silap haribulan dia dah standby pasang dua!" Nasihat Ida sambil berseloroh.

*Perbualan berakhir sambil menjeling Siti pada Ida*

Haa, pernah tak korang alami situasi macam ni? Walaupun tak tepat, tapi mesti ada manusia-manusia yang sentiasa perasan perubahan kulit wajah dan penampilan kita.

Nak tahu kenapa? Sebab secara fitrahnya, manusia memang lihat kepada rupa dahulu. Itulah first impression namanya.

Dari perbualan antara Siti dengan Ida tadi, saya nak tegaskan kepada semua kaum wanita di luar sana untuk sentiasa peka dengan perubahan kesihatan dan kecantikan khususnya kulit muka.

So, apa jeragat ni sebenarnya? Jom kita sama-sama kupas isu ini di bawah;

Kenali Apa Itu Jeragat

Oleh sebab jeragat ni mempunyai maksud kata yang luas, jadi kebiasaannya jeragat ni dikategorikan dengan 2 jenis;

1. Seborrheic Keratosis








Biasa nampak timbul hitam macam ni kan? Ada yang panggil tahi lalat hidup.

Walaupun nama dia pelik dan susah nak eja, tapi masalah jeragat jenis ni tak berbahaya macam bunyinya.

Seborrheic Keratosis rupa dia sedikit timbul dan berwarna lebih perang dan gelap daripada kulit sekitarnya.

2. Melasma


Ya, ini memang jenis jeragat yang tak boleh bawak bincang. Dia punya tompok tu dah boleh nampak macam peta dunia!

Korang kena tahu, melasma ni rupanya macam tompok hitam atau sedikit kelabu, selalunya leper dan kebiasaannya berada di bawah lapisan kulit.

Disebabkan tompok melasma ni lebih gelap dari kulit biasa di sekitarnya, ia akan menampakkan kulit mempunyai tona tidak sekata.

3 Faktor Jeragat Jenis Melasma

1. Terdedah Dengan Sinar Matahari (UV)








Sinar UV daripada matahari sebenarnya akan meningkatkan lagi kadar pembentukan melanin dalam kulit. Melanin inilah yang memberi warna gelap pada kulit manusia.

Kalau korang jenis selalu berada di luar untuk jangka masa yang lama, pembentukan jeragat lebih cenderung untuk menjadi kerana sering terdedah secara terus.

Sebab itu ramai wanita dia Asia Tenggara mempunyai masalah jeragat jenis melasma kerana faktor geografi dan cuaca.

2. Perubahan Hormon Dalam Badan








Perasan atau tidak, wanita mengandung sering mengalami masalah jeragat sebelum atau selepas bersalin. Jeragat dalam kalangan wanita mengandung ini lebih dikenali dengan chloasma.

Kebiasaannya jeragat jenis ini akan hilang selepas melahirkan bayi, tapi banyak juga kes di mana jeragat itu akan terus kekal.

Antara aktiviti yang mengganggu hormon adalah seperti pengambilan pil perancang. Ini juga boleh menjadi punca kulit wajah seseorang wanita itu mula tumbuh jeragat.

3. Salah Guna Produk Kecantikan







Pernah terjadi tak dekat korang, muka tengah elok takde jerawat dan jeragat, tiba-tiba lepas pakai produk kulit muka terus breakout. Jerawat tumbuh macam cendawan selepas hujan. Jeragat merebak ke seluruh muka. Kulit jadi makin kusam dan pucat macam mayat hidup!

Cuba check semula produk yang korang guna tu ada kelulusan KKM tak? Ada lulus ujian klinikal makmal tak?

Produk timbang kilo terutamanya, mengandungi bahan racun yang berbahaya pada manusia. Bahan yang makan kulit sendiri dan menipiskan kulit korang ni memang bagi kesan yang cepat tapi sementara!

Jadi, korang kena lebih berhati-hati lepasni sebelum beli sesuatu produk. Kalau tak, terimalah padahnya nanti.

Amalkan Tabiat Bagus Untuk Mencegah Jeragat

1. Pakai Sunscreen Semasa Keluar Rumah

Tadi saya dah jelaskan bagaimana cahaya matahari boleh rosakkan kulit korang kan. Sekarang ni korang kena mula jadikan pemakaian sunscreen sebagai tabiat baru bila nak keluar rumah.

Untuk cuaca dekat Malaysia ni, pastikan produk sunscreen yang kita pakai tu mempunyai Sun Protection Factor (SPF) 30 dan ke atas.

Cara pemakaian yang seeloknya, pakai sunscreen pada kulit kita 15 minit sebelum keluar rumah dan touch up balik setiap 2 jam untuk kesan yang efisien.

2. Sentiasa Pakai Pelembap

Nampak macam remeh, tapi langkah ni sangat penting ya untuk pastikan kulit tidak kering, sentiasa lembap, dan terlindung dari bakteria persekitaran.

Cari pelembap yang ada bahan Niacinamide. Bahan ni memang power tau untuk menghilangkan jeragat, mengecutkan kembali jerawat, dan mengecilkan liang pori pada muka.

3. Pilih Produk Kecantikan Yang Selamat

Jangan pakai produk yang entah dari mana sumber dia. Baca isi kandungan atau bahan-bahan yang terdapat dalam sesuatu produk.

Sebelum beli, cuba dulu sapu produk tersebut pada bawah lengan, kalau dalam masa beberapa jam ada menunjukkan tanda-tanda seperti merah, pedih, atau gatal, segera hentikan pemakaian produk tersebut.

Ha itu adalah salah satu tips untuk cari produk yang sesuai dengan kulit kita.

Kesimpulan

Saya tahu nak dapatkan kulit cantik ni bukan senang. Tapi tak susah. Sebenarnya korang hanya perlu amalkan dengan konsisten, disiplin, dan yang paling penting step nak pakai tu kena betul. Contoh;

1. Pencuci muka
2. Toner
2a. Serum
3. Pelembap
4. Sunscreen
5. Makeup

Kalau tak ikut step, confirm muka korang sama ada takde perubahan atau lebih teruk dari yang sebelumnya.

Dekat sini juga saya nak kongsikan satu krim pelembap yang ramai tengah gilakan sekarang ni!

Meuskin Booster Treatment Gel!

Apa benda tu? Ha korang kalau tak tahu, meh sini saya nak bagitahu.

Meuskin Booster Treatment Gel ni sejenis pelembap yang ada fungsi 3 dalam 1 (merawat,melembap,mencerah). Untuk korang yang ada masalah jeragat, jerawat, kulit kusam, kedut, kulit kering, merah dan gatal-gatal. Inilah krim yang memang orang ramai tengah cari-cari sekarang ni!

Sebab apa? Sebab kalau tengok bahan-bahan Meuskin Booster Treatment Gel memang kaya dengan bahan terbaik untuk kulit wajah yang bersih, sihat, gebu, dan glowing.






Sekarang ni tengah ada PROMO sempena Hari Malaysia tau. Kena cepat sebab PROMO Meuskin Booster Treatment Gel ni untuk 200 orang yang TERAWAL sahaja!

Klik link ni untuk dapatkan info selanjutnya dan terus order dekat situ. Tahu-tahu diorang dah hantar sampai depan rumah.








Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search