Tuesday, September 20, 2022

Apa Beza Exfoliating Toner & Hydrating Toner? - Fungsi Toner Dalam Merawat Masalah Jerawat, Jeragat, Kulit Kusam

Apa Beza Exfoliating Toner & Hydrating Toner? - Fungsi Toner Dalam Merawat Masalah Jerawat, Jeragat, Kulit Kusam


Bagi yang sudah biasa dengan penjagaan kulit, semestinya korang sudah tahu dengan hanya menggunakan pencuci muka sahaja tidak cukup.

Paling tidak pun mesti nak kena ada toner, serum dan pelembap, baru kulit wajah tu rasa bersih, lembap, dan sihat.

Artikel kali ini saya nak fokus tentang jenis toner yang ada di pasaran. Kalau korang nak tahu, toner ni ada 2 jenis tau.

Tapi sebelum tu saya nak jelaskan apakah fungsi toner pada kulit muka kita. Sila sambung baca di bawah.

Fungsi Toner

Toner merupakan salah satu produk rawatan kulit

Penggunaan toner sebenarnya sangat penting untuk dimasukkan ke dalam rutin penjagaan kulit harian kita. Setiap jenis toner mempunyai bermacam fungsi yang ditentukan oleh bahan aktif dalam kandungannya.

Antara fungsi-fungsi toner adalah;
  1. Menghilangkan sel-sel kulit mati dan kotoran yang masih tersisa selepas memakai pencuci muka
  2. Melembapkan kulit wajah
  3. Menyesuaikan nilai pH pada kulit
  4. Membantu mengecilkan pori-pori
  5. Memberi kehalusan pada wajah
  6. Mencegah infeksi atau jangkitan kuman
Jenis-jenis Toner

Setiap jenis toner mempunyai fungsi yang tersendiri

Kalau korang perasan, toner ada banyak jenis jika dibaca mengikut kandungannya. Tapi secara umumnya toner dibahagikan kepada dua kategori iaitu exfoliating toner  (toner eksfoliasi) dan hydrating toner (toner pelembap).

1. Toner Eksfoliasi

Fungsi utama toner eksfoliasi ini adalah untuk mengangkat sel-sel kulit mati dan mengelupaskan lapisan kulit paling luar. Tujuannya adalah untuk membersihkan sisa kotoran yang ada pada kulit muka.

Toner jenis ini terdiri daripada bahan seperti alpha dan beta-hydroxy acid (AHA dan BHA). AHA adalah sejenis asam larut air yang diperbuat daripada buah-buahan. Asam ini biasanya digunakan untuk mengatasi hiper-pigmentasi ringan, mengecilkan pori-pori besar, kedutan, dan tona kulit yang tidak sekata.

BHA pula adalah sejenis asam larut minyak yang digunakan untuk mengecutkan jerawat dan kerosakan kulit akibat sinar matahari yang tinggi. Bahan ini mengurangkan penghasilan minyak yang berlebih oleh kelenjar minyak.

2. Toner Pelembap

Toner pelembap mempunyai fungsi yang jelas dengan namanya, iaitu untuk melembapkan kulit muka. Dengan membuat kulit lebih lembap, toner jenis ini seterusnya akan mempersiapkan kulit untuk menerima produk-produk rawatan kulit yang selanjutnya.

Bahan aktif yang biasa didapati dalam toner pelembap ialah hyaluronic acid, gel aloe vera, dan vitamin E. Ketiga-tiga bahan ini merupakan bahan yang sangat penting untuk mengekalkan kelembapan wajah.

Selain itu, antara bahan lain yang boleh didapati dalam toner jenis ini ialah asid amino, nutrisi buah-buahan, dan ekstrak bunga.

So Nak Pakai Toner Yang Mana Satu?

Buat pilihan yang tepat sesuai dengan jenis kulit muka

Korang kena tahu yang toner eksfoliasi ni TIDAK sesuai digunakan untuk orang yang kulit kering dan sensitif. Cirinya yang mengelupas kulit akan membuatkan kulit mengalami iritasi, merah, dan gatal-gatal.

Pakai toner jenis eksfoliasi ini untuk mereka yang jenis kulit berminyak atau normal. Kalau kulit korang jenis mudah tumbuh jerawat, pilih toner eksfoliasi dengan kandungan salicylic acid dan glycolic acid dimana sifat anti-mikrob nya dapat mengatasi masalah jerawat.

Untuk toner pelembap pula, jenis ini memang amat digalakkan untuk mereka yang mempunyai kulit kering dan sensitif. Mereka ini memerlukan kelembapan ekstra untuk memastikan kulit tidak ada masalah seperti kering, merah, dan gatal-gatal.

Kandungan hyaluronic acid akan memberikan kelembapan berkali ganda pada kulit dan seterusnya tampak kekal lembap dan anjal.

Kesimpulan 

Produk seperti toner ini sebenarnya penting untuk dimasukkan sekali dalam rutin penjagaan kulit harian kita. 

Fungsi-fungsi toner ini membantu untuk menambahkan kesihatan dan kecantikan pada kulit muka kita.

Toner mempunyai 2 jenis secara umumnya dan korang harus pilih mengikut kesesuaian dan jenis kulit muka, sama ada jenis kering atau berminyak.

Selepas pemakaian toner, kebiasaannya diikuti dengan pakai pelembap, barulah lengkap untuk satu proses tersebut.

Jadi dekat sini, saya nak kongsikan pelembap yang tengah trending sekarang;

Meuskin Booster Treatment Gel

Wah! Meuskin Booster Treatment Gel ni bukan sahaja sejenis pelembap tau, tapi dia ada fungsi 3 dalam 1 iaitu merawat, melembap dan mencerah.

Untuk korang yang ada masalah  jeragat, jerawat, kulit kusam, dan kedut tu boleh lah mula amalkan pakai Meuskin Booster Treatment Gel ni.



Serious ni! Krim Meuskin Booster Treatment Gel ni boleh selesaikan masalah kulit korang seawal penggunaan 1 botol tau. 

Ramai yang dah pakai Meuskin Booster Treatment Gel dan memang diorang puas hati sangat sebab boleh nampak sendiri kesan baik dia. Yang penting pakai kena konsisten!



So korang tunggu apa lagi? Sampai bila nak biarkan jeragat tu bertapak dekat muka? Kulit yang kusam tu taknak tukar jadi cerah dan glowing ke?

Tekan link dekat bawah ni, dalam tu ada segala info tentang Meuskin Booster Treatment Gel. Nak order terus dekat situ pun boleh senang je!

💛💛💛 https://emorrabiotech.onpay.my/order/form/meuskin ðŸ’›ðŸ’›ðŸ’›

Nak chat terus dengan HQ diorang pun boleh lagi senang direct je terus!







Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search