Monday, October 3, 2022

7 Tips Mudah Nak Kekal Kulit Cantik Dan Sihat - Baca Sampai Habis Kalau Nak Tahu Rahsia Yang Sebenar!

7 Tips Mudah Nak Kekal Kulit Cantik Dan Sihat - Baca Sampai Habis Kalau Nak Tahu Rahsia Yang Sebenar!


Semua orang terutamanya wanita mesti nak kulit cantik, licin, dan glowing kan? Tapi kebanyakan dari kita tidak mempunyai genetik yang 'sempurna'.

Susah nak dapatkan kulit yang wow ni kan? Sebab kulit manusia ni ada yang jenis senang tumbuh jerawat. Ada yang naik penuh jeragat atau tompok gelap. Ada yang kulit tak berapa cerah atau kusam.

Korang jangan risau, kalau dah macam tu, tak semestinya kita kena berhenti berharap. Sebenarnya semua orang boleh dapatkan kulit cantik. Dan tak semestinya korang kena keluarkan duit sampai berpuluh ribu.

Sebahagian besar tips penjagaan kulit hanya memerlukan usaha yang tidak begitu besar pun, cuma syaratnya kena KONSISTEN dan ada DISIPLIN.

Nak tahu apa tips dia? Jom sambung baca artikel ni di bawah!


1. Jangan Tunggu Lama Untuk Pakai Pelembap Selepas Cuci Muka


Menurut pakar aestetik dari Austin, Texas yang bernama Renee Rouleau berkata salah satu kesilapan yang kita sering lakukan adalah membiarkan masa antara selepas cuci muka dan memakai pelembap dengan terlalu lama.

Sebenarnya, air yang berada di permukaan kulit kita akan tersejat ke udara dengan cepat. Jadi, sementara molekul air itu masih kekal, memakai pelembap dapat 'mengunci' lapisan kulit daripada kehilangan air serta mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit.

2. Sentiasa Minum Air Dengan Cukup


Apa saja aktiviti harian yang kita lakukan, korang kena sentiasa pastikan minum air dengan cukup. Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

Badan kita kehilangan air semasa kita melakukan apa saja aktiviti seperti bersenam, berpeluh, berjalan, dan dipengaruhi faktor lain juga seperti merokok, vape, dan pemakanan. Kekurangan air ini akan mengakibatkan kulit menjadi kering serta mudah untuk mendatangkan masalah seperti jeragat, jerawat, dan sebagainya.

3. Peka Dengan Tahap Stres


Korang tahu tak masalah stres ni bagi kesan yang sangat besar pada hampir seluruh bahagian badan, termasuk kulit. Menurut kajian di Universiti Stanford, mereka menyimpulkan pelajar yang mempunyai tahap stress yang tinggi lebih cenderung untuk tumbuh jerawat besar pada kulit mereka.

Ini disebabkan oleh hormon kortisol yang dipicu oleh stress tadi dan menghasilkan kulit berminyak serta melemahkan keupayaan kulit untuk melawan bakteria. Antara saranan yang boleh dilakukan untuk mengawal tahap stres ialah dengan aktiviti meditasi dan yoga.

4. Bersenam Awal dan Kerap


Dr Marmur, seorang pakar kulit telah menyatakan salah satu fungsi kulit kita adalah untuk mengawal haba badan. Jadi, semasa kita bersenam, saluran darah dalam badan sebenarnya membawa haba yang panas tadi ke permukaaan, dan seterusnya membebaskan haba tersebut keluar dari badan.

Proses ini juga memberi kesan baik pada kulit kerana membenarkan aliran darah membawa oksigen dan nutrisi untuk kulit dengan cukup. Tambahan lagi, bersenam pada awal pagi sangat digalakkan dan lakukan dengan konsisten pada tiap hari.

5. Amalkan Eksfoliat Kulit


Semakin meningkat usia kita, semakin rendah kadar penggantian sel kulit baru. Kadar ini amat berbeza pada waktu usia yang muda. 

Ini mengakibatkan sel-sel kulit yang mati itu akan terbiar pada permukaan kulit dan menutup liang pori yang akhirnya tersumbat serta terdedah dengan ancaman bakteria. Oleh itu, sentiasa lah menggunakan skrub dan eksfoliat kulit sebaik-baiknya 2 kali seminggu.

6. Periksa Jenis Cleanser



Tengok balik jenis pencuci muka yang korang pakai tu sama ada jenis buih atau pun tidak. Kalau jenis buih, memang tak sesuai bagi orang yang mempunyai kulit kering, ekzema, atau psoriasis.

Cleanser atau pencuci muka tanpa buih sangat ideal kerana ia membantu menggantikan penghadang kelembapan pada kulit. Kalau korang guna ubat jerawat pula, tunggu 10 minit selepas cuci muka untuk mengurangkan iritasi.

7. Dapatkan Rehat Yang Cukup


Percaya atau tak, waktu malam sebenarnya adalah waktu yang paling sangat efisien untuk sel-sel kulit kita merawat dan membaikpulih. 

Menurut pakar kulit, salah satu punca sembap bawah mata adalah disebabkan peningkatan tahap kortisol. Jika badan tidak mendapat rehat yang secukupnya pada waktu malam, ia akan mempercepatkan pemecahan kolagen, iaitu bahan yang menjadikan kulit seseorang itu lembut atau anjal.

Kesimpulan

Penjagaan kulit sebenarnya tidak memerlukan kos yang banyak pun. Ia boleh dilakukan dan dimulakan dengan diri sendiri, terutamanya perubahan gaya hidup.

Memang jelas sekali gaya hidup memainkan peranan yang penting untuk mencegah masalah-masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam, dan sebagainya.

Di sini saya nak tambah satu lagi tips bonus untuk korang semua supaya kulit kekal cantik, licin, dan glowing.


Rutin atau turutan penjagaan kulit pada setiap hari yang sebetulnya adalah seperti berikut;
  1. Pencuci Muka
  2. Toner
  3. Serum
  4. Pelembap
  5. Sunscreen
  6. Makeup/Foundation
Ikut turutan yang saya bagi ni, amalkan dengan konsisten, dan lihat sendiri perubahan kulit muka korang yang bertambah seri dan menawan!

Sebenarnya perkara ni bukanlah rahsia, cuma ramai yang tak peka atau pandang ringan dengan turutan ni. Sebab tu lah kulit muka senang breakout!

Nak tahu apa pelembap yang tengah laris sekarang?

Meuskin Booster Treatment Gel!

Ya, korang mungkin pernah dengar, tapi bagi yang belum cuba lagi, saya sarankan korang kena ada jugak walaupun satu.

Apa Meuskin Booster Treatment Gel ni? Ia adalah sejenis pelembap TAPI yang bestnya ada fungsi 3 dalam 1 iaitu merawat, melembap, dan mencerah.

Maksudnya, Meuskin Booster Treatment Gel ni dah kira lengkap dah. Korang tak payah membazir duit pergi buat rawatan. Bahan kandungan dalam Meuskin Booster Treatment Gel ni je dah boleh selesaikan semua masalah kulit korang seawal penggunaaan 1 botol tau!




Dah ramai yang guna Meuskin Booster Treatment Gel ni. Sebab memang terbukti berkesan selesaikan masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam, kering, merah, gatal-gatal, dan kulit breakout!





Kalau kena dapatkan sekarang sebab dengar cerita Meuskin Booster Treatment Gel HQ bagi macam-macam OFFER!


Atau chat HQ diorang terus lagi best! 👉📲 https://wa.link/dbki92





Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search