Tuesday, October 18, 2022

5 Destinasi Pulau Yang Wajib Korang Pergi!

5 Destinasi Pulau Yang Wajib Korang Pergi!

 


Hai semua! Minggu ni mesti ada yang dah plan nak pergi bercuti kan sempena Cuti Deepavali? Saya tahu korang semua dah tak sabar nak packing baju siap-siap untuk pergi bercuti sama ada bersama keluarga atau kawan-kawan.

Artikel kali ini saya nak senaraikan 5 tempat peranginan yang bertemakan pantai dan pulau di sekitar Malaysia. Lepas baca artikel ni korang boleh lah book cepat-cepat!

1. Pantai Juara, Pulau Tioman, Pahang

Sumber gambar : https://greysonctx.blogspot.com/2022/05/kampung-juara-pulau-tioman.html

Pantai Juara ni lokasinya di Pulau Tioman, Pahang. Suasana yang tenang bertemankan ombak dari Laut China Selatan ini amat sesuai untuk menghilangkan stress semasa di bandar. 
Selain daripada untuk merehatkan minda, di sini juga terdapat aktiviti dan kemudahan yang disediakan seperti kayak, snorkelling, restoran, Wi-Fi dan sebagainya. 

2. Pantai Perhentian Kecil, Pulau Perhentian, Terengganu

Sumber Gambar : https://riderchris.com/perhentian-kecil-island/

Kalau korang nak saksikan keindahan dan kejernihan air laut biru, tak perlu pergi jauh sampai ke Maldives. Di Malaysia pun ada pantai yang seumpama itu malah boleh dikatakan setanding dengan pulau-pulau cantik di sekitar dunia. Pulau Perhentian Kecil ini dikelilingi pokok-pokok hutan yang bersih, pasir pantai yang memutih serta menjadi kawasan perlindungan untuk haiwan.

3. Pantai Tanjung Rhu, Langkawi, Kedah

Sumber gambar : https://www.langkawi-insight.com/langkawi_00001e.htm

Pantai Tanjung Rhu terletak di salah satu kawasan persisiran pantai yang terbaik di Langkawi kerana air di kawasan ini jernih seperti kristal dan pasirnya yang halus. Di sini terdapat beberapa gerai jualan dan makanan dan berhampiran dengan Tanjung Rhu Resort serta Four Seasons Resort. Ini menjadikan Pantai Tanjung Rhu sangat mesra pelancong dan sesuai untuk dijadikan tempat untuk menenangkan jiwa.

4. Pantai Pulau Mabul, Sabah

Sumber gambar : https://www.pinterest.com/pin/281543697188011/

Bagi mereka yang teringin nak bersantai ala-ala Maldives, Pantai Pulau Mabul adalah destinasi yang terbaik. Pulau Mabul terletak kira-kira 15 minit dari Pulau Sipadan dengan menaiki bot. Pulau ini dikelilingi dengan pasir putih serta bebas dari kotoran untuk mereka yang gemar menyelam. Keindahan laut biru dihiasi dengan tempat penginapan atas air ini menjadikan Pulau Mabul lokasi yang mesti korang pergi untuk pengalaman yang terbaik.


5. Pantai Pasir Putih, Pulau Dayang, Mersing

Sumber gambar : https://travelmalaysia.me/on/guide/Mersing/37850/@pulau-dayang

Korang tahu tak nama rasmi pantai ini adalah Pantai Pasir Panjang? Tapi disebabkan ada beberapa tempat yang bernama Pantai Pasir Panjang, pantai ini diberi nama Pantai Pasir Putih kerana kawasan pantainya yang ditaburi pasir putih, lembut, dan tidak tercemar. Di sini terdapat aktiviti menyelam skuba bagi mereka yang ingin mencuci mata dengan keindahan ciptaan Tuhan dalam laut.


Sekarang ni korang dah tahu kan Malaysia sebenarnya mempunyai destinasi pantai yang menarik? Malah boleh dikatakan sama level juga dengan pantai dan pulau di luar negara.

Di mana pun korang pergi bercuti, saya nak pesan supaya jangan lupa untuk pakai sunscreen dan juga pelembap. Haa kesihatan kulit kena jaga juga ya. Biasalah kalau dah pergi bercuti ni kita banyak buat aktiviti dekat luar tu. Jadi kena pastikan kulit kita tak rosak dengan sinar UV.

Macam saya, benda yang paling penting saya selalu bawa ke mana sahaja ialah pelembap Meuskin Booster Treatment Gel. Kalau tak ada benda ni saya sanggup patah balik ke rumah tau semata-mata.


Meuskin Booster Treatment Gel ni yang saya suka pakai hari-hari adalah sebab dia ada fungsi Infraguard tau. Maknanya dia bukan setakat melembapkan kulit je, malah dia melindungi dan merawat kulit dari kerosakan sinar UV. Kalau sunscreen pula dia menghalang sinar UV untuk tembus ke dalam kulit. So dua-dua produk ni WAJIB kena bawa sentiasa.


Korang nak tahu tak bahan-bahan dalam Meuskin Booster Treatment Gel ni semuanya khas untuk merawat, melembap, dan mencerah kulit. Sebab tu dipanggil sebagai Meuskin Booster Treatment Gel. Kesemua bahan ni dah diformulasi oleh pakar untuk dijadikan dalam bentuk moisturizer. Yang paling penting tiada merkuri dan selamat digunakan untuk manusia.



Dah ramai yang cuba Meuskin Booster Treatment Gel dan yang dah repeat order 3 4 kali pun ada tau sebab memang terbukti berkesan kulit berubah menjadi lebih sihat, anjal, dan gebu.

Korang kalau nak info lanjut dan order boleh klik link whatasapp yang saya bagi ni 👉 https://wa.link/dbki92 📲






Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search