Tuesday, October 4, 2022

Awas Produk Timbang Kilo! - Ketahui Cara Nak Kenal Pasti Produk Korang Selamat Atau Tak

Awas Produk Timbang Kilo! - Ketahui Cara Nak Kenal Pasti Produk Korang Selamat Atau Tak


Setiap wanita memang mempunyai lumrah semula jadi untuk menjadi cantik. Tak kisah dari segi pakaian, rupa, atau personaliti, segalanya harus nampak cantik dan indah.

Untuk mendapatkan kecantikan yang diinginkan pula semestinya memerlukan produk untuk membantu seseorang wanita itu mencapai hasrat yang diimpikan.

Tetapi, sesetengah wanita masih lagi terpedaya dengan produk timbang kilo yang sememangnya memberi kesan buruk pada muka dan juga badan manusia.

Artikel kali ini saya nak jelaskan sedikit tentang produk timbang kilo ini dan bagaimana cara nak mengenalinya.

Apa Itu Produk Timbang Kilo?


Kita selalu dengar perkataan timbang kilo ni tapi apa sebenarnya yang dimaksudkan?

Produk timbang kilo ini secara ringkasnya adalah krim atau bahan kosmetik yang dibeli oleh peniaga secara pukal daripada kilang-kilang OEM negara jiran seperti Thailand atau China. Produk ini tidak melalui proses kajian atau pengilangan yang mengikut SOP dan standard kualiti ISO.

Kebanyakannya hanyalah penjenamaan semula dan pembungkusan semula mengikut jenama yang ingin dikeluarkan oleh pengeluar tempatan. Jadi, kita boleh tahu di sini yang bahan-bahan dari produk timbang kilo ni memang tidak berkualiti malah ada yang mengandungi racun.

Mengenai bahannya pula, produk ini memang menggunakan bahan kimia yang murah, berbahaya, dan tidak selamat digunakan untuk manusia. Antara bahan kimia yang digunakan ialah Hydroquinone, Tretinoin, dan Merkuri.

Hydroquinone ni adalah bahan pemutih yang digunakan untuk mencegah proses pigmentasi pada kulit. Walaupun ia berkesan dengan fungsinya, tetapi kesan buruknya juga akan mengakibatkan kulit nipis, mudah menggelupas, kulit menjadi kering dan mengganggu sistem pernafasan (kesan jangka masa panjang).

Tretinoin pula digunakan sebagai bahan campuran untuk merawat kulit seperti menghilangkan jerawat. Jika berlebihan ia akan menjadi bahan yang sangat berbahaya kerana boleh merosakkan lapisan perlindungan kulit, kulit menjadi merah, tidak selesa, pedih, mengelupas, dan sensitif terhadap sinar matahari.

Merkuri bertindak sebagai pemutih juga dan ia bukan dalam bentuk organik. Ia mampu menghasilkan tona kulit yang lebih cerah tetapi memberi kesan kepada fungsi buah pinggang, menaikkan ruam, jangkitan bakteria dan kulat serta masalah berkaitan dengan saraf.

Kalau tengok dari senarai bahan-bahan kimia ni memang seram kan? Ya, bahan beracun ni boleh buat muka korang barai teruk! Kulit jadi breakout, naik jerawat sana sini, kulit jadi kusam yang amat, dan dalam jangka masa yang panjang boleh merosakkan sistem tubuh badan juga!


Macam Mana Nak Tahu?


Jangan risau, korang sebenarnya boleh check sama ada produk yang dijual tu ada ciri-ciri timbang kilo ke tak. Antara ciri-ciri tersebut ialah:

  1. Tiada pengesahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  2. Warna krim timbang kilo lebih terang dan pekat
  3. Tekstur yang tidak rata dan melekit
  4. Bau seperti logam, kimia, atau terlalu wangi
  5. Selepas pakai kulit menjadi pedih, merah, dan gatal
  6. Kulit menjadi terlampau putih dan pucat atau kelabu
  7. Kesan yang cepat tetapi harus bergantung berterusan pada produk tersebut
  8. Tidak dipasarkan di farmasi atau drugstore
  9. Tiada info bahan kandungan dan alamat pengilangan
  10. Menggunakan testimoni yang direka-reka

Kesimpulan

Kita semua faham keinginan dan nafsu untuk menjadi cantik atau lebih baik itu datangnya dari niat yang baik. Tapi sebagai pengguna kita semua perlu lebih berhati-hati dalam membuat pemilihan dan perbandingan sesuatu produk.

Zaman sekarang ni semua orang nak mengaut keuntungan jika ada peluang di depan mata. Malah ada yang sanggup menipu dalam menjual sesuatu produk sehingga memberi kesan buruk pada pembeli. 

Sekarang ni korang dah tahu kan macam mana nak bezakan sama ada produk kecantikan tu datang dari timbang kilo atau memang betul-betul mengikut standard dan kualiti yang ditetapkan ISO. Lepasni boleh lah membeli dengan bijak dan selamat!

Saya nak kongsikan juga satu produk pelembap yang sememangnya bebas dari bahan kimia, bahan terlarang, dan proses pengilangan yang patuh ISO. Kalau korang nak cari jalan penyelesaian terbaik untuk selesaikan masalah kulit jerawat, jeragat, dan kulit kusam, saya rekemen produk ni!

Meuskin Booster Treatment Gel!


Meuskin Booster Treatment Gel adalah sejenis pelembap TAPI ada fungsi 3 dalam 1 iaitu merawat, melembap, dan mencerah kulit dengan bahan yang dilengkapi Micronized Technology.

Bahan-bahan seperti Aloe Vera, Niacinamide, Hyaluronic Acid, Ekstrak Pegaga, dan Actizyme merupakan kunci utama produk Meuskin Booster Treatment Gel dalam membantu korang mendapatkan semula kulit yang bersih, licin, dan cantik!


Ramai yang dah cuba krim Meuskin Booster Treatment Gel ni dan semuanya berpuas hati dengan kesan positif yang diorang dapat hasil pelaburan yang rendah tetapi memberi 1001 manfaat. 

Setakat ni dah hampir 5000 unit terjual tau! Meuskin Booster Treatment Gel bukan sekadar produk viral, tapi memang betul-betul merawat dan mencantikkan kulit. Sebab tu lah ramai yang suka.




Pelakon Popular dalam drama Gerak Khas Salina Saibi pun rekemen guna Meuskin Booster Treatment Gel ni. Dia memang amalkan tiap-tiap hari pun sebab tu kulit dia kalau kita tengok tanpa make up pun sentiasa nampak bersih, cantik, dan glowing.

Bukan dia sorang je, ramai dah artis dan influencer suggest pakai Meuskin Booster Treatment Gel ni. Bukan setakat packaging je menarik, tapi tekstur dalam Meuskin Booster Treatment Gel ni yang water-based lagi buat kulit rasa moist dan sejuk je bila pakai. OMG!




Kalau nak tahu banyak lagi info, korang boleh chat HQ diorang terus. Nak order direct HQ lagi senang. 

Tekan link ni 👉📲 https://wa.link/dbki92



Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search