Monday, October 31, 2022

Makan Telur Ikan Boleh Jadi Bodoh? - Fakta Atau Auta?

Makan Telur Ikan Boleh Jadi Bodoh? - Fakta Atau Auta?

Sumber gambar : https://kulinear.hops.id/

Pesan orang tua-tua dulu, budak-budak tak boleh makan telur ikan sebab nanti jadi bodoh. Ada yang pernah makan telur ikan tak masa zaman kanak-kanak? Nak tahu juga dah jadi apa sekarang.

Betul ke fakta ni? Atau sekadar peringatan orang tua kepada kita supaya makan makanan yang lebih berkhasiat dari telur ikan ni? Mari kita sama-sama fahamkan penerangan mengenai telur ikan di bawah.

Khasiat Makan Telur Ikan

Sumber gambar : https://www.businessinsider.com/what-is-caviar-cost-where-to-source-how-to-serve-2019-12

Korang tahu tak sebenarnya telur ikan ni mempunyai banyak khasiat yang tersembunyi dan ramai tak tahu. Ia juga merupakan salah satu sumber terbaik untuk mendapatkan lemak sihat.

Antara kebaikan lain yang korang boleh dapat dari telur ikan ini adalah;

1. Menggalakkan Perkembangan Otak


Telur ikan membantu perkembangan kognitif


Menjawab persoalan sama ada telur ikan boleh jadikan kita bodoh tadi, hakikatnya telur ikan mampu membantu menggalakkan kesihatan otak. Ini kerana satu hidangan telur ikan memberikan 439 miligram asid lemak omega-3 EPA dan 608 miligram DHA.

Bahan-bahan ini memang terbukti melawan penuaan kognitif serta meningkatkan kesihatan dan pembaikan otak. Asid lemak ini juga biasanya didapati dalam telur makanan laut dan juga ikan.

2. Meningkatkan Kesihatan Jantung

Kesihatan jantung juga boleh ditingkatkan dengan pengambilan telur ikan

Asid lemak omega-3 ini juga boleh membantu mengurangkan tahap kolestrol dalam badan. Bukan itu sahaja, EPA dan DHA ini mampu mengurangkan lemak atau lipid yang boleh membawa kepada risiko penyakit kardiovaskular.

Oleh itu, tidak salah untuk kita makan telur ikan kerana ia sebenarnya berpotensi untuk mencegah penyakit jantung.

3. Melegakan Sakit Sendi

Sumber gambar : https://macamresepikan.web.app/641-cara-gampang-membuat-telur-ikan-asam-pedas-merah-anti-gagal/

Para penyelidik juga berpendapat bahawa asid lemak omega-3 yang terkandung dalam telur ikan boleh membantu mengurangkan gejala sakit sendi atau arthritis.

Ini kerana telur ikan didapati mempunyai sifat anti radang yang menghalang penghasilan sitokin yang menyebabkan keradangan.

4. Membantu Kesihatan Mata

Makan telur ikan baik untuk penglihatan mata

Kedua DHA dan EPA yang terkandung dalam telur ikan ini penting untuk perkembangan visual pada bayi dan juga fungsi retina pada kanak-kanak dan orang dewasa. Kalau seseorang itu mengalami kekurangan omega-3, mereka akan lebih berisiko untuk mendapatkan sindrom mata kering.

5. Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi

Kawal tekanan darah tinggi dengan makan telur ikan

Korang tahu tak sebenarnya asid lemak omega-3 yang terkandung dalam telur ikan boleh membantu pesakit yang mempunyai darah tinggi? Ini kerana kandungan bahan tersebut berfungsi untuk mengurangkan pembekuan darah dan keradangan dalam badan.

Secara umumnya, pengambilan telur ikan ini boleh mengurangkan tekanan darah sistolik dan diastolik, terutamanya bagi mereka yang mengalami hipertensi.

Kesimpulan

Walaupun terdapat banyak khasiat dan manfaat dengan memakan telur ikan ini, namun begitu terdapat beberapa nasihat yang perlu anda fahami tentang makanan ini.

Ramai yang tidak tahu bahawa telur ikan juga mempunyai kandungan kolestrol dan garam yang agak tinggi. Selain itu, telur ini juga tinggi dengan kandungan purin dimana tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai gout.

Apa pun ikhtiar yang kita cuba usahakan, harus diingat sentiasa bersederhana dan penting untuk mendapatkan nasihat doktor. Sebarang kesan sampingan harus diteliti dan difahami supaya kita semua lebih berhati-hati dalam mengamalkan sesuatu diet.

Di sini saya juga nak kongsikan satu produk kesihatan kulit yang memang tiada langsung kesan sampingan. Korang yang ada masalah kulit jeragat, jerawat, kusam dan kedut, kering, dan kegatalan boleh amalkan MEUSKIN BOOSTER TREATMENT GEL!


Meuskin Booster Treatment Gel ni bukan hanya sejenis pelembap tau TAPI dia ada fungsi 3 dalam 1 iaitu merawat, melembap, dan mencerah kulit. Jangan risau, sebab dalam Meuskin Booster Treatment Gel ni tiada bahan terlarang, tiada merkuri, dan tiada paraben. 

Saya dah pakai 2 bulan, memang terbukti berkesan. Bukan saya sorang sahaja, ramai lagi yang dah cuba Meuskin Booster Treatment Gel ni. Masalah kulit memang boleh selesai dalam masa 7-14 hari! Yang penting korang kena pakai konsisten hari-hari.



Korang kalau nak tahu info lanjut boleh chat HQ diorang terus. Klik je link yang saya bagi ni 👉 https://wa.link/dbki92 📲

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search