Monday, October 3, 2022

7 Jenis Penkek Yang Korang Sebenarnya Tak Tahu - Lepas Ni Boleh Cuba Buat Di Rumah!

7 Jenis Penkek Yang Korang Sebenarnya Tak Tahu - Lepas Ni Boleh Cuba Buat Di Rumah!

 


Korang pernah makan penkek tak? Macam-macam topping menarik boleh dimakan bersama penkek seperti buah-buahan, sirap, coklat, madu, dan sebagainya.

Kebiasaannya penkek lebih sesuai dimakan pada waktu sarapan pagi atau minum petang. Resepi nak buat penkek pun antara yang paling mudah untuk dibuat dan tak memerlukan banyak bahan pun.

Tapi korang tahu tak sebenarnya ada banyak jenis dan nama penkek yang ada di serata dunia ni. Nak tahu apa dia? Jom kita sama-sama baca artikel ni sampai habis!


1. Classic American Pancake (Amerika Syarikat)


Ini adalah jenis penkek yang paling dikenali di seluruh dunia. Penkek Klasik Amerika ini diperbuat daripada telur, susu atau buttermilk, minyak, dan baking powder.

Semua bahan ini dicampur sehingga menjadi satu adunan yang kental yang kemudiannya dimasak atas kuali leper. Penkek ini juga biasanya dihidang dengan topping buah-buahan segar.


2. Crepes (Perancis)


Crepes adalah sejenis variasi penkek yang dicipta tanpa sengaja oleh seorang suri rumah warga Perancis pada kurun ke-13. Adunannya terdiri daripada susu, telur, tepung gandum, dan garam.

Tekstur crepes pula lebih nipis seperti kertas dan disajikan dengan potongan buah-buahan, sirap, whipping cream, atau coklat.

3. Pfannkuchen (Jerman)


Rupa Pfannkuchen ini seakan-akan lempeng kan? Namun penkek ini asalnya dari negara Jerman dan banyak menggunakan telur dalam ramuannya.

Bentuknya lebih lebar dan lentur. Pfannkuchen ini biasanya dimakan dengan jem, sos epal, dan manisan yang lain.

4. Farinata (Itali)


Farinata atau nama lainnya seperti socca atau torta di ceci adalah sebahagian makanan tradisional rakyat Itali. Ramuan utama Farinata ini ialah tepung kacang, minyak zaitun, air, dan rosemary.

Ia juga dicipta tanpa sengaja di Genoa, Itali semasa pelayar bot dihentam ribut yang kuat. Dengan tidak sengajanya puri kacang yang mereka bawa telah bercampur dengan air hujan dan pada keesokan harinya mereka melihat campuran itu mengering dan jadilah penkek yang dinamakan Farinata ini.

5. Serabi (Indonesia)


Serabi merupakan penkek khas yang sangat terkenal di Indonesia. Ia diperbuat daripada tepung beras dan santan kental. 

Penkek jenis ini secara tradisionalnya dimasak atas arang api. Ekstrak daun pandan juga boleh ditambah untuk memberikan wangian dan warna hijau yang menarik perhatian.

6. Hotteok (Korea Selatan)


Penkek manis yang menjadi kegemaran rakyat Korea Selatan ini intinya diisi dengan serbuk kayu manis dan sirap gula. Adunan Hotteok ini diperbuat daripada doh yang difermentasi yang menjadikan teksturnya lembut seperti roti.

7. Lempeng (Malaysia)


Ya! Sudah semestinya lempeng Malaysia termasuk dalam senarai penkek ni. Resepi lempeng lebih ringkas dan mudah untuk dibuat dengan hanya menggunakan tepung gandum, air, dan sedikit garam.

Lempeng ni memang sesuai untuk sarapan pagi dan juga minum petang. Korang boleh pilih sama ada nak cicah dengan sambal bilis, kari ayam/daging, atau hanya dimakan dengan gula.


Kesimpulan

Penkek ni memang secara umumnya merupakan hidangan yang sangat santai dan mudah untuk dibuat. Tidak banyak bahan yang merumitkan malah boleh divariasi mengikut cita rasa korang sendiri.

Seluruh dunia mempunyai cara 'mempersembahkan' penkek masing-masing dan ada yang mempunyai sejarah tersendiri.

So lepasni korang boleh lah cuba resipi penkek dari negara-negara lain pula. Mana tahu kena dengan tekak dan selera.

Manusia ni memang suka makan dan zaman sekarang macam-macam jenis makanan ada dekat luar sana. Tapi korang kena ingat, kesihatan juga perlu dijaga. Kena hati-hati dalam pengambilan sesuatu makanan, kalau tinggi gula dan garam, sila kurangkan. Kalau selalu makan makanan bergoreng, tolong kurangkan.

Kita tak tahu keadaan kesihatan kita pada masa akan datang. Tapi kita boleh mula amalkan gaya hidup sihat dari sekarang.

Saya juga nak kongsi satu produk yang dah berikan ribuan orang di luar sana kulit yang sihat dan cantik. 

Meuskin Booster Treatment Gel!

Ya, Meuskin Booster Treatment Gel ni sejenis pelembap yang bukan sahaja melembapkan kulit. Malah merawat kulit dari dalam serta mencerahkan kulit kusam hingga nampak glowing dan berseri wajah korang!




Meuskin Booster Treatment Gel boleh selesaikan masalah kulit tak? Ya sudah semestinya. Masalah kulit yang korang ada macam jerawat, jeragat, kulit kusam, kulit kering, dan gatal-gatal pun boleh pakai Meuskin Booster Treatment Gel.

Sebab bahan-bahan utama Meuskin Booster Treatment Gel ni memang khas untuk merawat, melembap, dan mencerah kulit.




Korang kena dapatkan cepat tau sebab Meuskin HQ ada buat OFFER HAPPY HOUR BELI 2 PERCUMA 1! Khas untuk beberapa customer yang cepat.

Tekan link ni untuk chat HQ diorang terus! Segala info dan promo diorang boleh terangkan dengan jelas 👉 https://wa.link/dbki92

Pelakon Popular Salina Saibi pun pakai Meuskin Booster Treatment Gel tau. Ini lah rahsia kulit dia sentiasa nampak bersih, cantik, dan awet muda 😘







Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search