Thursday, October 6, 2022

6 Khasiat Aloe Vera Yang Ramai Tak Tahu - Kulit Cantik, Sihat, Glowing Kalau Sapu Kat Muka!

6 Khasiat Aloe Vera Yang Ramai Tak Tahu - Kulit Cantik, Sihat, Glowing Kalau Sapu Kat Muka!


Korang semua mesti dah biasa dengan aloe vera kan? Tumbuhan herba ini dikenali juga dengan nama lain iaitu lidah buaya. Ia sangat terkenal dengan khasiat dan manfaat yang luar biasa untuk wajah dan kulit.

Aloe vera sememangnya merupakan tumbuhan yang telah digunakan sejak nenek moyang kita lagi bagi mendapatkan kesihatan kulit. Malah sehingga kini ia sering dijadikan sebagai bahan utama dalam kebanyakan produk kecantikan.

Kita semua tahu aloe vera berupaya untuk memberi penyembuhan yang cepat dan semula jadi pada kulit serta banyak digunakan sebagai ubat untuk luka. Antara kegunaan aloe vera atau lidah buaya ini adalah seperti untuk merawat luka ringan, kulit terbakar, dan melegakan kegatalan.

Kalau korang nak tahu penjelasan lebih lanjut tentang manfaat aloe vera ni, mari teruskan pembacaan di bawah!


Menenangkan Kulit Dari Sengatan Matahari

Salah satu ciri aloe vera adalah memberi ketenangan dan kelembutan pada kulit. Sifatnya yang sejuk dan lembut boleh menenangkan kulit yang rasa seperti dibakar oleh sinar matahari.

Kajian juga telah menunjukkan bahawa lidah buaya dapat membantu menyembuhkan luka bakar atau lecur tahap pertama dan kedua pada kulit. Walaubagaimana pun, mekanisme atau bagaimana cara aloe vera ini berfungsi demikian masih belum difahami.

Lidah buaya juga sebenarnya mempunyai ciri anti-oksidan, khususnya disebut sebagai metallothionein yang memiliki efek perlindungan dari kerosakan akibat sinar UV. Selain tu, tumbuhan herba ini juga mempunyai sifat hidrasi, yang dapat membantu mencegah pengelupasan kulit.

Melembapkan Kulit Yang Kering

Seperti yang dikatakan sebelum ini, sifat hidrasi aloe vera ni mampu membantu mengekalkan dan mengunci kelembapan kulit. Bahan atau kandungan dalam aloe vera yang bernama Mucopolysaccharides bertanggungjawab dalam melaksanakan fungsi ini.

Ia terbukti meningkatkan kadar air pada lapisan kulit paling luar atau dikenali sebagai stratum korneum. Ini sekali gus menjadikan aloe vera sebagai bahan yang ideal untuk mereka yang jenis kulit kering.

Melambatkan Proses Penuaan

Bagi korang yang nak sentiasa tampak awet muda tu, ini lah bahan yang korang perlu cari! Kulit yang sentiasa terhidrasi atau lembap adalah kulit yang sihat dan cantik. Kelembapan kulit juga berperanan dalam mencegah tanda-tanda penuaan seperti kedut, garis kalus, dan kerutan.

Selain kemampuannya untuk mengekalkan kelembapan kulit, lidah buaya juga merangsang penghasilan hyaluronic acid dan collagen, di mana bahan-bahan ini merupakan kunci utama dalam proses menjadikan kulit lebih anjal, kenyal, dan terhidrasi.

Membantu Menghilangkan Jerawat

Korang tahu tak sebenarnya ada data yang menunjukkan lidah buaya memiliki sifat anti-mikrob atau anti-bakteria. Ciri-ciri ini amat diperlukan untuk mencegah dan merawat kulit yang berjerawat.

Lidah buaya juga merupakan sumber salicylic asid yang membantu mengatasi masalah seperti komedo hitam dan putih. 

Melegakan Rengsa Akibat Ekzema & Psoriasis

Siapa sangka, tumbuhan herba ini boleh jadi salah satu produk untuk melawan ekzema dan psoriasis, sejenis penyakit keradangan kulit yang sangat seksa!

Sifat anti-radang dan anti-inflamasi aloe vera ini menjadikan ia sebagai salah satu antiseptik yang bekerja melawan bakteria dan virus. Khasiat aloe vera ini dapat membantu mengurangkan kemerahan, kekeringan, kegatalan, dan iritasi yang disebabkan oleh penyakit tersebut.

Memudarkan Stretch Mark

Boleh dikatakan semua wanita tidak suka dengan stretch mark yang muncul pada kulit badan, terutamanya selepas bersalin. Kalau nampak stretch mark ni rasa macam ada satu kecacatan dan kekurangan pada rupa mereka.

Menurut beberapa penelitian, aplikasi lidah buaya ini terbukti efektif untuk mengurangkan serta mencegah penyebaran stretch mark. Ini kerana sifat pemulihan kulitnya dan juga anti-inflamasi lidah buaya itu sendiri dapat membantu kulit menjadi cantik dan sihat.

Kesimpulan

Secara umumnya, tumbuhan herba aloe vera ni boleh didapati di mana-mana. Ia bukannya barang yang rare tetapi manfaat dan khasiatnya ramai yang pandang ringan. 

Kebanyakan produk kecantikan kulit dan wajah sebenarnya mempunyai kandungan ekstrak gel aloe vera bagi memberi fungsi penyembuhan, kelembapan, dan kecantikan kulit.

Macam produk yang saya tengah pakai sekarang ni, Meuskin Booster Treatment Gel!



Meuskin Booster Treatment Gel ni sejenis pelembap yang ada fungsi 3 dalam 1 iaitu merawat, melembap, dan mencerah. Tengok bahan-bahan utama dalam tu ada aloe vera, ekstrak pegaga, hyaluronic acid, dan sebagainya. Sebab tu lepas saya amalkan Meuskin Booster Treatment Gel ni saya perasan jadi lebih cantik, lembap, glowing, dan anjal macam anak dara!

Bukan saya sorang je yang dah rasa, ramai lagi yang share perubahan kulit diorang 360 darjah lepas pakai Meuskin Booster Treatment Gel!





Korang kena cuba Meuskin Booster Treatment Gel ni sekarang tau sebab memang antara pembelian saya yang berbaloi. Tak perlu habis beratus atau beribu dekat produk skincare dah!

Kalau nak order, just tekan je link yang saya bagi dekat bawah ni. Chat dengan HQ diorang terus! 👇


Pelakon popular Gerak Khas Salina Saibi pun rekemen pakai tau sebab dia pun hari-hari sapu Meuskin Booster Treatment Gel dekat muka dia. Sebab tu nampak cantik dan berseri je 😍



Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search