Tuesday, October 11, 2022

Atasi Kulit Merah & Gatal Dengan 5 Tips Ini!

Atasi Kulit Merah & Gatal Dengan 5 Tips Ini!


Bintik merah dan gatal pada kulit ni bukan setakat bagi rasa tak selesa, malah mengganggu penampilan diri kita. Tapi, pernah tak kita fikir apa punca yang menyebabkan kulit mengalami kemerahan dan kegatalan?

Kebiasaannya, kondisi seperti ni disebabkan kulit kering, ekzema, gigitan serangga, kurap, jerawat, atau bekas luka. Ada juga yang berpunca dari cacar air, herpes, dan gangguan ginjal.

Meskipun korang rasa gatal yang amat, adalah tidak digalakkan untuk menggaru bintik merah yang muncul kerana ia boleh mengakibatkan infeksi atau jangkitan. Seharusnya, untuk mengurangkan rasa gatal tersebut, ada beberapa cara dan langkah yang boleh kita lakukan.

1. Sapu Dengan Minyak Kelapa


Sejak zaman nenek moyang kita lagi minyak kelapa ni telah digunakan sebagai pelembap kulit semula jadi. Kerana minyak ini mengandungi lemak yang tinggi serta memilik sifat anti radang dan anti septik yang sesuai untuk kulit merah dan gatal.

Cara guna minyak kelapa pula sangat mudah, korang hanya perlu sapu rata pada bahagian kulit yang berbintik merah yang gatal secara rutin. 

2. Tekap Dengan Kompres Dingin


Salah satu cara untuk melegakan kegatalan dan iritasi kulit yang merah dan gatal adalah dengan menggunakan kompres dingin. Suhu yang dingin sebenarnya menghalang darah pergi ke kawasan yang meradang, sehingga dapat mengurangkan kemerahan dan rasa gatal.

Untuk melakukannya, korang cuma masukkan ais batu ke dalam kain, kemudian tekap pada bahagian yang terasa gatal selama 10-15 minit. Langkah ini boleh diulang sebanyak 3-4 kali sehari.

3. Mandi Menggunakan Oatmeal


Kandungan oatmeal mempunyai banyak khasiat dan manfaat untuk kulit kerana ia mempunyai anti oksidan dan anti radang yang dapat meredakan kulit gatal, kering, dan merah.

Untuk mandi dengan oatmeal, korang hanya campurkan oatmeal yang sudah dihancurkan dengan air hangat ke dalam tub mandi. Kemudian rendam bahagian kulit yang meradang selama 10-15 minit.

Jangan lupa untuk gunakan krim pelembap selepas berendam untuk menjaga kelembapan kulit. Perlu diingat juga supaya jangan berendam terlalu lama kerana ia akan membuat gatal semakin parah.

4. Berendam Dengan Baking Soda


Selain digunakan untuk memasak dan membersih rumah, baking soda juga mempunyai ciri yang tersendiri untuk meredakan bintik merah dan gatal pada kulit. Dalam beberapa kajian telah menyatakan bahawa baking soda mampu untuk membuang sel-sel kulit mati serta mengurangkan keradangan.

Cara menggunakan baking soda untuk masalah kulit ini pula ialah dengan mencampurkan 1-2 sudu ke dalam bekas yang berisi air hangat. Kemudian, rendam bahagian kulit yang meradang ke dalam bekas campuran tersebut.

5. Menggunakan Lidah Buaya


Lidah buaya atau dikenali sebagai aloe vera ni secara umumnya ia dapat membantu memberikan kelembapan dan kelegaan pada kulit.

Tapi, apa yang kita tidak tahu sebenarnya tumbuhan herba ini mempunyai sifat anti radang, anti mikrob, dan anti oksidan yang dipercayai mampu merawat dan mencegah infeksi pada kulit.

Kesimpulan

Sekarang korang dah tahu kan terdapat beberapa cara dan tips mudah untuk menghilangkan atau merawat masalah kulit kering, merah, dan gatal.

Sekiranya kondisi kulit masih dalam keadaan yang sama atau menjadi lebih teruk, saya sarankan untuk segera mendapatkan khidmat nasihat doktor yang lebih pakar bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Pada poin nombor 5 tadi saya ada nyatakan tentang sifat lidah buaya atau aloe vera dalam merawat dan mencegah kulit merah dan gatal.

Tapi korang tahu tak, sekarang ni dalam produk skincare pun kebanyakannya ada kandungan aloe vera kerana ia bukan setakat mengatasi masalah keradangan kulit, malah ia boleh memberi kelembapan kulit, merawat luka, dan mencantikkan semula keadaan kulit.

Salah satu produk yang saya suka sangat ialah pelembap Meuskin Booster Treatment Gel!



Kenapa saya suka pakai Meuskin Booster Treatment Gel

Sebab Meuskin Booster Treatment Gel ni jenis pelembap yang ada fungsi 3 dalam 1 tau iaitu merawat, melembap, dan mencerah. So, kalau ada masalah kulit macam jeragat, jerawat, kulit kusam, kulit kering, merah, serta gatal-gatal.

Antara bahan-bahan utama dalam Meuskin Booster Treatment Gel ni ialah aloe vera, ekstrak pegaga, niacinamide, hyaluronic acid, dan actizyme. Semua bahan ni diformulasi dengan teknologi micronized bagi menghasilkan the best moisturizer ever untuk korang semua!

Ramai yang dah cuba krim Meuskin Booster Treatment Gel ni sebab memang terbukti berkesan mengatasi masalah kulit!





Kalau korang nak order, klik link di sini 👉 https://wa.link/dbki92 📲



Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search