Wednesday, October 12, 2022

Ikut 5 Langkah Ini Untuk Mencegah Diabetes! - Kawal Gula Dalam Darah Dengan Tips Mudah Ini

Ikut 5 Langkah Ini Untuk Mencegah Diabetes! - Kawal Gula Dalam Darah Dengan Tips Mudah Ini


Sebenarnya ada bermacam jenis cara untuk kita mengawal gula dalam darah supaya sentiasa dalam tahap normal. Hal ini penting agar dapat terhindar dari sebarang komplikasi yang lebih serius seperti penyakit jantung, kerosakan ginjal, dan gangguan penglihatan.

Cara kita mengendalikan gula dalam darah juga bergantung pada kondisi kesihatan masing-masing. Bagi mereka yang mempunyai risiko rendah untuk terkena diabetes, kaedah pengawalan dapat dilakukan dengan menerapkan gaya hidup sihat.

Sementara bagi orang yang menderita penyakit diabetes ini, atau orang yang berisiko tinggi untuk menghidap diabetes, pengendalian kadar gula dalam darah secara umumnya harus dilakukan dengan menerap gaya hidup sihat beserta konsumsi ubat-ubatan yang telah disahkan oleh doktor.

Bacaan selanjutnya saya ingin jelaskan bagaimana kita dapat melakukan langkah awal untuk mencegah kadar gula dalam darah menjadi terlalu tinggi. 

1. Amalkan Pola Pemakanan Seimbang


Sejak dari sekolah lagi kita telah diajarkan dengan piramin pemakanan seimbang. Ya, memang piramid makanan ini telah dikaji dan disimpulkan dalam bentuk yang lebih mudah difahami untuk kita semua amalkan.

Makanan yang tinggi serat seperti buah-buahan, sayuran, dan bijian bukan hanya baik untuk memenuhi nutrisi harian, malah ia mampu mengembalikan gula dalam darah kepada tahap yang lebih stabil.

2. Bersenam Atau Bersukan Secara Rutin


Melakukan aktiviti senaman atau regangan merupakan salah satu tips yang bagus untuk mengawal paras gula dalam darah. Semasa kita bersenam, sebenarnya badan mengeluarkan hormon insulin yang membawa gula dalam darah ke dalam otot supaya mampu mendapatkan tenaga untuk bergerak. Dengan cara ini, kadar gula dalam darah semestinya akan turun.

Tapi, harus diingat juga jika korang ada kondisi kesihatan yang tertentu seperti penyakit jantung, semput, atau lelah, disarankan untuk mendapatkan konsultasi dari doktor terlebih dahulu. Ini untuk memastikan jenis senaman atau sukan apa yang sesuai dengan kemampuan fizikal korang.

3. Sentiasa Mengawal Stress


Korang tahu tak stress yang berpanjangan boleh memberi kesan yang tinggi pada kadar gula dalam darah? Ini disebabkan oleh hormon kortisol yang dihasilkan apabila stress. Oleh sebab itu, sangat digalakkan untuk kita bijak mengawal dan mengurangkan stress dalam kehidupan seharian.

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan untuk menenangkan jiwa seperti membaca buku, melukis, menonton filem, dan mendengar muzik. Selain itu, korang boleh juga bermeditasi serta mendapatkan rehat dan tidur yang secukupnya, iaitu antara 7-9 jam sehari bagi mengawal stress.

4. Berhenti Merokok Dan Minuman Alkohol


Secara umumnya semua orang tahu akan kesan merokok dan minuman alkohol pada kesihatan tubuh badan manusia. Kadar gula dalam darah juga tidak terkecuali dari impak produk yang berbahaya ini. 

Merokok sebenarnya meningkatkan lagi risiko seseorang itu untuk menghidap penyakit diabetes, termasuk penyakit kardiovaskular. Sementara itu, konsumsi minuman beralkohol pula dapat mempengaruhi peningkatan kadar gula dalam darah.

5. Pengambilan Ubat-ubatan


Penggunaan ubat diabetes seharusnya tidak boleh sembarangan dan harus mengikut preskripsi dari doktor pakar. Kebiasaannya seseorang yang bergantung pada ubat-ubatan ini adalah bagi mereka yang sudah didiagnosis dengan penyakit diabetes untuk mencegah komplikasi yang lebih teruk seperti kerosakan ginjal, saraf, dan mata.

Jadi, kalau rasa ingin tahu bagaimana tahap kesihatan korang secara menyeluruh dan lebih mendalam, disarankan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital. Dari situ barulah kita tahu adakah kita berisiko untuk dapat penyakit diabetes atau tidak.

Kesimpulan

Penjagaan kesihatan sangat penting untuk mencegah diri kita daripada sebarang penyakit kronik seperti diabetes, penyakit jantung, kanser, dan sebagainya.

Banyak kajian dan penelitian telah dilakukan oleh pakar-pakar kesihatan dan mereka telah pun mengeluarkan nasihat serta panduan yang boleh kita ikuti.

Amalan gaya hidup sihat adalah langkah yang paling bagus untuk mencegah dari penyakit-penyakit tersebut.

Sekarang ni saya nak kongsikan pula satu tips untuk menjaga kesihatan kulit dengan hanya menggunakan pelembap Meuskin!

Meuskin Booster Treatment Gel!

Ya, Meuskin Booster Treatment Gel ni sejenis pelembap TAPI ada fungsi 3 dalam 1 iaitu merawat, melembap, dan mencerah. Maknanya, Meuskin Booster Treatment Gel ni bukan sahaja boleh melembapkan kulit tapi merawat kulit dari dalam tau!

Bahan-bahan utama dalam Meuskin Booster Treatment Gel ni pun diformulasi oleh pakar dengan Micronized Technology. Selamat digunakan untuk manusia dan lulus KKM!




Ramai yang dah cuba Meuskin Booster Treatment Gel ni dan yang selalu repeat pun ada sebab memang terbukti berkesan!



So, korang kena order cepat tau sebab HQ diorang ada buat OFFER kaw kaw punya!

Kalau nak order tekan je link whatsapp yang saya bagi ni 👉 https://wa.link/dbki92 ðŸ“²

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search