Monday, August 29, 2022

Niacinamide - Bahan Yang Sangat Padu Kalau Nak Kulit Cantik & Bersih! (Sangat Efektif Untuk Menghilangkan Jeragat, Jerawat, & Kulit Kedut)

Niacinamide - Bahan Yang Sangat Padu Kalau Nak Kulit Cantik & Bersih! (Sangat Efektif Untuk Menghilangkan Jeragat, Jerawat, & Kulit Kedut)

 


Sekarang ni ramai yang dah mula sedar tentang penjagaan kulit dengan betul. Kalau dulu tu yang orang tahu hanya pencuci muka, tapi sekarang dah macam-macam jenis produk keluar seperti toner, serum, pelembap, dan lain-lain.

Kalau korang perasan sekarang ni orang tengah cari produk atau bahan yang mengandungi Niacinamide. Apa benda tu? Bagus sangat ke? Okay kalau korang nak tahu, jom teruskan bacaan korang!

Apakah itu Niacinamide?

Secara asasnya Niacinamide ni juga disebut sebagai nicotinamide, ia adalah satu bentuk vitamin B3 yang merupakan nutrien penting untuk badan kita.

Kalau korang kekurangan B3 ni sebenarnya boleh menyebabkan gangguan pada kondisi kulit, ginjal, dan otak. Banyak lagi manfaat Niacinamide yang lain, terutamanya dari segi kesihatan kulit. 

So, tak hairan lah kenapa saintis dan pakar dalam kulit ni mengesyorkan penggunaan Niacinamide dalam produk skincare. Kerana ia dikatakan sangat membantu dalam merawat kondisi kulit tertentu seperti jeragat, jerawat, dan alergi.

Manfaat Niacinamide Dalam Penjagaan Kulit

Secara keseluruhan, bahan ini membantu membina protein kulit dan mengunci kelembapan bagi mengelak daripada berlakunya kerosakan.

Antara manfaat Niacinamide yang lain termasuk:

  1. Memelihara imuniti kulit dengan membina keratin, sejenis protein yang menjadikan kulit tegang dan sihat.
  2. Mengurangkan kemerahan dan kegatalan dengan melawan keradangan pada kulit.
  3. Mengecilkan pori-pori pada kulit muka dan menyamarkan liang pori.
  4. Mengawal pengeluaran minyak yang dihasilkan oleh kelenjar sebum pada kulit muka.
  5. Perlindungan daripada kerosakan cahaya matahari dengan membina semula sel-sel kulit yang sihat.
  6. Mengurangkan hiperpigmentasi pada kulit serta bintik-bintik hitam.
  7. Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan.
  8. Mempunyai ciri anti-radikal bebas yang merosakkan kulit dan melindungi dari tekanan persekitaran seperti cahaya matahari, pencemaran, dan racun.
  9. Merawat jerawat yang teruk pada kulit muka.


Adakah Terdapat Kesan Sampingan?

Niacinamide secara umumnya didapati selamat digunakan oleh manusia. Sebab tu banyak produk sekarang dah ada Niacinamide ni. Bahan nya bagus, efektif, dan yang paling penting terhindar dari kesan sampingan.

Cuma sesetengah orang yang ada alahan ni mungkin lebih cenderung untuk mengalami reaksi alergi. Jadi, saya akan kongsikan tips bagaimana nak tahu kalau korang sesuai pakai atau tak sesuatu produk tersebut. 

Nama test ni dipanggil sebagai patch test dan langkahnya seperti berikut:

  1. Sapukan sejumlah kecil produk pada lengan bawah anda
  2. Tunggu selama 24 jam
  3. Sekiranya mula mengalami kemerahan, gatal, atau bengkak, segera basuh kawasan tersebut dan hentikan penggunaan
  4. Sekiranya tidak mengalami kesan sampingan tersebut, ia bermaksud bahan produk itu selamat digunakan di tempat lain juga
Apakah Hasil Yang Akan Kita Dapat?

Dalam minggu pertama ni memang belum nampak hasil yang signifikan. Semua produk penjagaan kulit yang baru pakai memang macam tu. Tak kira produk apa pun.

Sebab ianya sebahagian dari proses. Kalau dalam istilah skincare, ia dipanggil sebagai purging process

Malah masa proses tu berlaku, kulit korang akan keluarkan semua bahan-bahan negatif dalam kulit dan sebab tu lah bila korang mula pakai produk baru muka korang akan naik jerawat, jeragat, atau bertambah kusam.

Bagi produk tu masa sedikit, dalam 3-4 minggu barulah kulit mula menampakkan perubahan yang cantik, anjal, dan terhidrat.




Kesimpulan

Niacinamide ni memang tak diragukan sangat bagus manfaat nya pada kulit wajah. Banyak masalah kulit boleh diselesaikan dengan guna Niacinamide ni seperti jerawat, jeragat, kulit kusam, berminyak, dan berlubang.

Bahan ni juga dapat membantu mengurangkan keradangan, hiperpigmentasi, melicinkan tekstur wajah, dan mencerahkan kulit.

Walaupun begitu, korang kena konsisten dan bersabar ya sebab sesetengah orang ambil masa yang lebih lama untuk melihat kesannya.

Kalau korang dah mula tercari-cari produk apa yang ada Niacinamide, meh sini saya nak kongsi berkenaan Meuskin Booster Treatment Gel.




Meuskin Booster Treatment Gel ni sejenis pelembap tau, tapi yang BEST nya dia ada fungsi 3 dalam 1 iaitu merawat, melembap, dan mencerah! So kalau korang yang nak hilangkan jeragat/jerawat tu, bukan setakat hilang tu je, malah kulit korang akan nampak lebih anjal, lembap, dan berseri glowing gitu.

Korang takkan taknak kulit cantik, flawless, macam artis-artis tu? Takkan hari-hari nak hadap muka bertompok sana sini, lepastu asal keluar je nak kena cover dengan makeup tebal-tebal. Haih penat tau! Lama-lama duit habis dekat makeup je sebab banyak sangat guna, lepastu kulit pun makin teruk sebab bahan kimia dalam makeup tu dah banyak sangat.

So, saya memang rekemen dekat orang yang ada jeragat degil, tebal, dan nipis pun takde masalah kalau nak pakai krim Meuskin Booster Treatment Gel ni. Benda dah terbukti berkesan, feedback pelanggan pun ramai yang suka sangat dengan Meuskin. Siap ada yang nak repeat order lagi!






Nak lagi best? Ha korang baca sini. Sekarang ni ada PROMO BELI 2 PERCUMA 1 tau! Kalau korang rasa nak buat pembelian berbaloi, ambik la yg promo merdeka ni. Tapi kalau rasa nak cuba 1 dulu pun takde masalah sebab harga 1unit pun masih harga diskaun.

Nah korang cuba tekan link dekat bawah ni, dalam ni ada segala info tentang Meuskin Booster Treatment Gel. Nak buat pembelian terus pun boleh dekat link ni. Mudah kan?

💓 https://emorrabiotech.onpay.my/order/form/meuskin 💓




Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search