Monday, August 22, 2022

6 Tips Pilih Moisturizer Yang Terbaik

6 Tips Pilih Moisturizer Yang Terbaik


 

Pelembap atau lebih dikenali dengan moisturizer sememangnya dah jadi produk yang wajib ada dalam bilik kita. Tiap pagi kita bangun lepas cuci muka mesti nak pakai pelembap kan? Lepas pakai auto kulit jadi lembut dan anjal 😏

Tapi yang sebenarnya kita ni betul-betul faham ke apa yang pelembap ni buat pada kulit muka kita dan kenapa ia begitu penting dalam rutin penjagaan kulit kita. Di sini, saya akan jawabkan 6 soalan lazim yang sering ditanya berkenaan dengan pelembap. Dan sebagai bonus, kalau anda baca sampai habis, saya akan BELANJA tips untuk pilih pelembap yang THE RIGHT ONE!

1. Perlukah Saya Pakai Pelembap?

Untuk majoriti, jawapan nya adalah YA. Walaupun badan kita mempunyai sistem 'pelincir' semulajadi (kelenjar yang mengeluarkan minyak/sebum) untuk melindungi kulit dari jangkitan dan persekitaran yang lasak, kebanyakan dari kita perlukan extra hydration untuk menghalang dari kerosakan kulit akibat sinar UV matahari, cuaca yang panas dan kering, dan bahan kimia.

Selain tu, ada juga sesetengah manusia tidak mempunyai genetik yang mampu untuk mengukuhkan lapisan paling atas kulit, dan mereka ini juga tiada lipid yang cukup untuk mengekalkan kelembapan kulit.

2. Bagaimana Jika Saya Jenis Kulit Berminyak?

Sedangkan orang yang kulit berminyak pun PERLU memakai pelembap kerana sabun yang kita gunakan untuk mencuci muka dan badan tu bersifat menghakis dan mengering. Walaupun begitu, jika anda mempunyai kulit yang normal hingga berminyak yang TIDAK sering terdedah dengan persekitaran lasak (contoh: panas, bahang, kering, asap) sebenarnya tidak ada keperluan yang tinggi untuk memakai pelembap. Lebih disarankan untuk memakai serum anti-oksidan.

3. Pelembap Ada Banyak Jenis?

Ya, jangan terkejut sebab pelembap memang ada beberapa jenis dan ciri-cirinya : humektan, emolien, dan oklusif. Humektan bersifat menarik molekul air masuk ke dalam lapisan paling atas kulit. Manakala emolien pula membantu mengisi permukaan kulit yang 'retak' dengan air dan menutupnya untuk menjadikan kulit lebih lembut dan licin. Oklusif pula memberikan ketebalan pada lapisan perlindungan kulit bagi menghalang dari kehilangan air yang banyak.

Kebanyakan pelembap muka mempunyai humektan dan emolien yang bergerak seiringan, manakala oklusif lebih bermanfaat pada bahagian badan yang lebih tebal seperti tangan, kaki, siku, dan lutut. 

4. Apa Yang Saya Perlu Cari Dalam Pelembap

Apabila membuat pilihan, lihat pada bahan utama. Humektan yang popular seperti glycerin (glycerol), hyaluronic acid, propylene glycol, urea, sorbitol, dan alpha hydroxy acids (contoh: glycolic dan laktik asid). Emolien yang sering dipakai ialah seperti lanolin, mineral oil, ceramides, dimethicone, coconut oil, dan plant-based oil yang lain. Oklusif pula termasuk shea butter, petrolatum, beeswax, dan paraffin.

5. Bagaimana Saya Ingin Memilih Pelembap Yang Sesuai Dengan Muka Saya?

Kepada mereka yang mempunyai kulit sensitif mungkin mahukan produk yang mengandungi glycerin kerana bahan-bahan lain boleh menyebabkan sensasi yang membakar pada kulit. Anda juga perlu ELAK oklusif pada kawasan kulit anda yang mudah untuk naik jerawat.

Jika anda mempunyai kulit yang kering, cari krim atau losyen yang oil-based. Mana-mana pelembap dengan alkohol atau wangian juga sepatutnya dielakkan, kerana ia akan membuatkan kulit anda lebih TERUK!

6. Bagaimana Sepatutnya Pelembap Dipakai Untuk Dapatkan Hasil Yang Cantik?

Waktu yang paling sesuai untuk memakai pelembap adalah semasa kulit anda masih lembap. Selepas cuci muka dengan pencuci muka atau cleanser, tekap kulit muka anda dengan ringan dan kemudian terus pakai pelembap untuk "kunci" kelembapan pada kulit.

Walaupun anda tidak skip pakai pelembap hari-hari, jangan lupa untuk sentiasa menjaga hidrasi kulit, dan dapatkan nutrien yang penting (vitamin, asid lemak) yang menjadi blok asas untuk kulit sihat dan gebu. Elakkan merokok dan praktiskan memakai sunscreen jika keluar rumah.


Sekarang anda dah dapat idea bagaiman nak pakai moisturizer kan? So lepasni boleh lah cari pelembap-pelembap yang ada di pasaran. Macam saya sekarang ni memang amalkan krim Meuskin Booster Treatment Gel tiap-tiap hari. Krim Meuskin ni sejenis pelembap juga tapi ada fungsi 3 dalam 1 iaitu merawat, melembap, mencerah. Bila saya pakai pelembap ni, muka pagi-pagi lepas mandi auto jadi GLOWING tau! Kulit yang sebelum ni kusam dan lesu je, sekarang ni alhamdulillah makin cerah dan anjal. Kawan-kawan semua tanya pakai apa, sebab nampak lain sangat 😆

Kalau anda nak cuba juga krim Meuskin ni, tekan je link kat bawah ni saya bagi. Kat situ semua info pasal Meuskin ada. PROMO PUN BEST-BEST TAU! Nak order pun senang klik-klik je terus siap. Tunggu je abang kurier datang hantar kat depan pintu rumah. 

 💥 https://emorrabiotech.onpay.my/order/form/meuskin 💥




 💥 https://emorrabiotech.onpay.my/order/form/meuskin 💥

 💥 https://emorrabiotech.onpay.my/order/form/meuskin 💥



Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search