Wednesday, August 24, 2022

5 Fakta Unik Malaysia Yang Ramai Rupanya Tak Tahu!

5 Fakta Unik Malaysia Yang Ramai Rupanya Tak Tahu!


Sambutan Hari Kebangsaan yang ke-65 tinggal beberapa hari lagi. Rakyat Malaysia sudah bersedia untuk menyambut ulangtahun kemerdekaan pada kali ini dengan bertemakan 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama'. 

Melaka juga telah dipilih menjadi tuan rumah bagi kemuncak sambutan kemerdekaan pada  Hari Malaysia 16 September nanti. Jadi, untuk menyemarakkan lagi rasa cinta dan patriotisme kita terhadap tanah air Malaysia ini, saya nak kongsikan 5 fakta menarik tentang negara kita. Jom kita sama-sama baca!

1. Sejarah Lagu Negaraku

Kalau kita imbau kembali zaman persekolahan, tiap-tiap pagi semasa perhimpunan mesti kita akan nyanyikan lagu kebangsaan kita yang bertajuk Negaraku ini. Tapi adakah anda tahu bahawa lagu tersebut disadur dan diinspirasikan dari lagu Perancis berjudul La Rosalie.

Melodi dan nada lagu Negaraku ini memang serupa dengan La Rosalie, malah ia diadaptasi dari lagu I Shall Return karya Anne Shelton.



2. Wang Ringgit

Matawang Malaysia dikenali sebagai Ringgit, iaitu memiliki maksud "bergerigi" dalam bahasa Malaysia. Penggunaan perkataan Ringgit ini digunakan kerana melihat mata wang syiling perak dari Sepanyol yang pernah beredar di daerah Malaysia semasa era pemerintahan Portugis.

Ia dikatakan memiliki gerigi pada keliling syiling tersebut dan dari situlah perkataan Ringgit terbit dan digunakan meluas sehingga sekarang.


3. Pelbagai Spesis Flora & Fauna

Siapa sangka, negara Malaysia kita yang kecil ini mempunyai bermacam-macam jenis haiwan dan tanaman. Lebih kurang 14,500 spesis tanaman bunga dan pokok-pokok telah dikenalpasti berada dalam Malaysia. 

Lebih menarik lagi, kita juga mempunyai lebih 200 spesis binatang mamalia, 600 spesis burung, dan 140 spesis ular. Memang wow kan!


4. Hutan Hujan Tropika

 Hutan di Malaysia dikategorikan sebagai hutan hujan tropika. Menariknya, hutan di Malaysia ini sudah berusia lebih 130 juta tahun dan merupakan antara yang tertua di dunia.

Lebih menariknya lagi, hutan hujan tropika di Malaysia sebenarnya lebih tua daripada hutan Amazon yang sangat terkenal itu. Percaya atau tidak, Malaysia sememangnya negara yang unik!


5. Panggung Wayang Pertama

Panggung Wayang pertama yang beroperasi di Tanah Melayu adalah pada tahun 1933 dengan tayangan filem Melayu yang bertajuk Laila Majnun. Filem ini dihasilkan oleh seorang pengarah dari India yang bernama B. S. Rajhans. 

Karya ini diilhamkan dari kisah cinta klasik rakyat Timur Tengah mengenai pasangan yang bernama Laila dan Majnun, di mana cinta mereka tidak direstui dan dipisahkan oleh keluarga masing-masing.



Sekarang anda dah tahu kan fakta-fakta menarik tentang Malaysia. Saya harap anda semua makin cinta dan sayang pada tanah air kita ni. Walaupun bermacam-macam dugaan dan cabaran negara kita hadapi, tapi kita tetap teguh bersama menjaga dan melindungi sesama kita. Kerana Malaysia inilah RUMAH kita!

Bersempena dengan Hari Kebangsaan yang kita akan sambut tak lama lagi, saya teringin nak berkongsi dengan anda satu lagi sambutan yang diadakan sepanjang bulan kemerdekaan ini. 

Kalau anda semua nak dapatkan wajah berseri dan bebas dari segala masalah kulit seperti jeragat, jerawat, kulit kusam, dan kedut. Jom sama-sama kita klik link di bawah untuk turut serta PROMO HARI MERDEKA oleh Meuskin HQ 🎉

✅ BELI 2 PERCUMA 1 
✅ FREE POSTAGE 
✅ FREE GIFT ✅

🎁 https://emorrabiotech.onpay.my/order/form/meuskin 🎁

Promo Bulan Kemerdekaan!
Cepat Rebut Peluang Ini Sebelum Terlambat! 









Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search