Tuesday, August 23, 2022

Dapatkan Sumber Vitamin C Dari 5 Jenis Makanan Ini - Amalkan Diet Ini Kalau Nak Kulit Glowing, Licin & Gebu!

Dapatkan Sumber Vitamin C Dari 5 Jenis Makanan Ini - Amalkan Diet Ini Kalau Nak Kulit Glowing, Licin & Gebu!


Anda mesti tertanya-tanya, betul ke Vitamin C ni boleh cantikkan kulit? Apa yang ada dalam Vitamin C ni? Macam mana nak dapatkan Vitamin C? Kalau ambil banyak boleh dapat side effect ke?

Dalam produk kecantikan, ia dah menjadi bahan wajib kerana salah satu sebabnya adalah keberkesanannya dalam menampakkan kulit wajah lebih cantik dan berseri.

Vitamin C ini juga dikenali dengan nama lain iaitu asid askorbik. Ia merupakan sejenis vitamin larut air dan mempunyai pelbagai fungsi dan manfaat. Selain daripada melindungi sel badan, Vitamin C juga mempunyai ciri yang penting untuk penyembuhan luka.

Badan manusia ni tak dapat hasilkan Vitamin C dengan sendirinya, jadi ia perlu diambil dalam bentuk suplemen atau pemakanan. Akan tetapi, harus diingat juga makanan yang mengandungi Vitamin C ini harus dimasak dengan betul supaya vitamin tidak terlerai akibat suhu yang terlalu tinggi.

Jika anda ingin tahu makanan apakah yang anda boleh ambil untuk dapatkan Vitamin C, jom sambung baca dibawah! 😸

1. Buah Oren


Ini memang yang paling femes sekali! Setiap kali cakap pasal Vitamin C, buah oren mesti yang pertama terlintas dalam fikiran kan?

Jangan risau, anda memang betul pun. Buah oren ni bukan sahaja buatkan kulit nampak cantik, malah ia juga ada bahan yang menggalakkan penghasilan kolagen. Jadi, kalau yang dah biasa dengar perkataan kolagen ni, semestinya dah arif tentang awet muda, anti-penuaan, kulit anjal dan tiada kedut.

Selain itu, asid sitrik dalam buah oren ni juga dapat membantu mengurangkan masalah kulit berminyak dan berjerawat. Sebab tu banyak skrub wajah yang ada asid sitrik ni jadi pilihan utama pengguna untuk menghilangkan jerawat. Satu lagi fakta menarik, kulit oren sebenarnya lebih banyak kandungan Vitamin C berbanding buah itu sendiri!

2. Buah Tomato


Percaya atau tak, buah tomato ni dapat melindungi kulit dari kerosakan Sinar UV yang berbahaya. Kerana ia mempunyai satu lagi bahan yang dikenali sebagai likopena.

Tomato juga mempunyai ciri anti-radang yang amat berkesan untuk mereka yang mempunyai masalah kulit KUSAM dan MERAH. 

Jadi, sekarang anda dah tahu khasiat dan manfaat buah tomato kan? Saya cadangkan anda cuba minum jusnya sehari sekali dan lihat KESAN perubahan bukan sahaja pada kulit wajah, malah tenaga harian anda pun bertambah!

3. Brokoli


Mesti tak sangka kan sayur seperti brokoli ini adalah salah satu alternatif makanan untuk kulit cantik? Bukan setakat Vitamin C sahaja, malah brokoli ini juga mempunyai bahan anti-oksidan yang mampu memperlahankan proses penuaan!

Secara prosesnya, brokoli boleh meningkatkan penghasilan glucoraphanin, yang akan ditukar oleh badan kita menjadi sulforaphane. Bahan sulforaphane ini lah yang memainkan peranan penting untuk membaikpulih kulit yang rosak.

Sama seperti buah tomato tadi, brokoli juga dapat melindungi kulit dari kerosakan Sinar UV yang berbahaya. Jadi, brokoli ini sebenarnya merupakan pelindung matahari semula jadi. 

4. Buah Kiwi


Sangat sesuai dijadikan pencuci mulut selepas makan, rasanya yang sedap dan manis itu sebenarnya memberi banyak nutrisi kepada badan kita.

Ramai yang mungkin tidak tahu buah kiwi ni banyak mengandungi Vitamin C untuk kulit cantik. Selain itu, buah kiwi juga mempunyai serat yang banyak yang dapat melancarkan sistem pencernaan.

Dalam masa yang sama, ia dapat menyingkirkan toksin dari badan. Bahan-bahan toksin dalam badan ni lah yang menjadi punca utama kenapa kulit kita berjeragat, jerawat, dan asyik breakout.

5. Buah Strawberi



Dalam senarai yang terakhir ini, mesti ramai yang suka dengan buah ini. Kalau pergi Cameron Highland tak sah kalau tak dapatkan buah strawberi yang dipetik segar dari ladang yang sejuk dan nyaman. 

Kalau nak dapatkan glass skin  macam kulit artis korea, inilah rahsianya! Bukan setakat tinggi dengan Vitamin C, ia juga mengandungi magnesium dan potassium, mineral yang sangat penting untuk memperbaiki tona kulit wajah.

Buah strawberi juga mengandungi asid alpha-hydroxy yang sangat penting untuk membuang sel kulit mati.

Sekarang anda dah nampak kan betapa hebatnya buah strawberi ni?! Jadi, jika anda nak buat pilihan yang bijak untuk kulit cantik, tambahkan buah ini dalam diet anda.

Kesimpulan
Diet anda sebenarnya mempunyai pengaruh 90% pada kesihatan dan kecantikan kulit badan dan wajah. Utamakan pengambilan makanan yang mempunyai nutrisi lengkap. 

Anda boleh rujuk disini untuk melihat dan memulakan diet pemakanan yang sihat. Kalau badan anda cukup dengan nutrisi dan vitamin, kulit wajah pun mula menampakkan 'sinar' dan terhindar dari sebarang kerosakan. 

Selain dari pemakanan, penjagaan rutin kulit anda pun harus dijaga dan diamalkan dengan betul. Kalau tersilap langkah atau produk, mula lah kulit breakout, tumbuh jerawat sana sini, kulit nampak kusam dan gelap. Takkan hari-hari nak kena cover dengan makeup pula kan? 😓

Antara produk kegemaran saya adalah krim pelembap Meuskin Booster Treatment Gel. Sebelum ni kulit saya memang banyak jeragat, tompok gelap sana sini. Bintik-bintik hitam dah macam apa entah. Tengok cermin pun rasa alahai tak ada seri, nak keluar rumah pun tak ada confident. 

Alhamdulillah lepas saya baca info mengenai Meuskin Booster Treatment Gel, saya pun terdetik nak cuba Meuskin Booster Treatment Gel ni. Dah 3 bulan saya pakai, tapi dalam masa 7-9 hari macam tu saya dah mula nampak jeragat makin pudar. Kulit yang kusam ni pun sekarang makin cerah, ada pulak tu siap puji-puji kulit macam anak dara lagi.

Jadi, saya pun taknak kedekut dan pakai sorang-sorang. Dekat bawah ni saya bagi link untuk anda dapatkan informasi yang banyak tentang Meuskin Booster Treatment Gel supaya kalau dah beli nanti rasa berbaloi (confirm berbaloi sebab ada PROMO 🎉🎊). 



 










Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search